Tuesday, 22 September 2015

Recommended Gay Novels

Assalamualaikum semua,

Now, as you can see, buku-buku dekat bawah ni semua aku dah khatam habis dan boleh didapati di smashwords.com secara FREE. Kalau korang pakai Android (smartphones, tabs etc) korang boleh download aplikasi Ebook Reader dulu atau Kindle dan buku-buku ni sedia untuk dimuat turun. Nak baca online pun boleh sebenarnya tapi aku lagi prefer pakai ebook reader.


WARNING!! BUKU-BUKU NI SEMUA UNTUK 18 AND ABOVE SAHAJA!





BTW I Love You by Nico Jaye

Novel ni mengisahkan seorang lelaki gay bernama Adrian yang tinggal di Los Angeles dengan roommate dia, Kai. Pada satu malam, waktu tengah bosan Adrian ni bukakla akaun Chatroulette dia dan lepas di reject beberapa kali untuk berchatting disebabkan topeng Batman yang dia pakai, seorang lelaki yang memakai topeng X-Men menegur dia dan daripada hubungan diorang bermula.

Jake, lelaki bertopeng X-Men itu merupakan seorang lelaki yang berasal daripada Los Angeles juga tetapi kini sedang belajar di Australia. Selepas berkenalan dan melihat wajah masing-masing, Adrian sedar yang dia semakin jatuh hati kepada Jake. Tapi dia juga sedar yang jarak di antara mereka beribu-ribu batu jauhnya. Apa yang akan berlaku bila Jake kembali ke Los Angeles?


Comment:
Novel ni memang tersangatlah fluff (tambah-tambah time diorang first time jumpa tu) dan sesuai untuk diorang yang sedang berhubungan jarak jauh. Sesuai dibaca ketika dalam mood sedih sebab dia boleh mengubah mood korang dalam sekelip mata.






The Log Cabin by JC Dixon

Novel kedua ni pula mengisahkan sebuah kabin yang didiami oleh Aaron, seorang writer sepenuh masa. Suatu malam, Aaron terdengar bunyi ketukan di pintu kabin dia dan mendapati seorang lelaki bernama Luca yang ketika itu sedang melarikan diri daripada masalahnya di bar berdiri di luar pintu kabin itu. Tanpa menunggu, Aaron menjemput Luca yang berlumuran darah itu masuk ke kabinnya.

Setelah menghabiskan malamnya dengan penuh istimewa (ehem paham-paham jela) di kabin itu, Luca meminta diri untuk pulang tetapi setelah meninggalkan kabin itu, Luca terasa sedih yang amat sangat, seperti dirinya sudah menetap berpuluh-puluh tahun di situ. Akibat daripada kesedihan yang melampau, Luca berpatah balik.

Setelah berkahwin bersama Aaron (yeayyy), Luca mengambil keputusan untuk terus tinggal di situ. Mereka mengambil keputusan untuk menyiasat mengapa mereka begitu sayangkan kabin itu (Aaron dah banyak kali cuba jual kabin tu, tapi pembeli dia semua macam tak puas hati, last nya dia sendiri duduk situ). Semasa cuba menyelidik beberapa perkara, Aaron dan Luca berdepan pelbagai gangguan atau pun sebenarnya petunjuk yang akhirnya membawa mereka ke sebuah kisah tragis yang pernah berlaku di kabin itu berpuluh tahun dahulu.


Comment:
Pada permulaan, cerita dia sememangnya menarik, pada pertengahan, dah start macam seram sikit dicampur dengan fluffiness akibat daripada hubungan Aaron dan Luca ni. Ending dia, pesta air mata. Don't worry, it's a happy ending tapi kira macam bitterseweet gitu la. Novel macam ni memang aku punya taste sebab dia macam ada misteri dan thriller sikit. Memang best *thumbs up*





Learning To Feel by N. R. Walker.

Nathan merupakan seorang doktor di sebuah hospital terkemuka di Boston yang merasakan dia kehilangan sesuatu di dalam hidupnya. Hidupnya terasa kosong walapun mempunyai kerjaya yang mantap dan keluarga yang sangat memahami. Akibat daripada perasaanya itu, Nathan mengambil keputusan untuk berpindah secara sementara ke sebuah pekan kecil di Belfast dan bekerja sebagai doktor di situ.

Apabila sampai di rumah yang dibekalkan bersama kontraknya di Belfast, Nathan mendapati seorang lelaki bernama Trent turut sama mendiami rumah itu kerana dia sedang menghabiskan lukisan muralnya di rumah itu (Trent ni seorang pelukis), Walaupun agak tidak selesa dengan sikap Trent yang agak open dan seductive itu, Nathan membenarkan Trent dan anjing peliharaannya, Bentley tinggal di situ sementara Trent menghabiskan muralnya,

Setelah beberapa kali terlanjur bersama, Nathan sedar bahawa kekosongan di hatinya semakin terisi dengan kehadiran Trent tetapi sikap Trent yang menganggap hubungan itu sekadar berlandaskan fizikal sahaja membuatkan Nathan cuba untuk melupakan perasaanya dan menganggap Trent hanya sebagai 'fuckbuddy'. Tanpa Nathan ketahui, Trent sebenarnya mempunyai masa silam yang gelap yang membuatkan dia hilang kepercayaan kepada mana-mana lelaki,


Comment:
Sepanjang aku baca novel ni, aku tak pernah sekali pun rasa bosan (serius cakap!). Jalan cerita yang sememangnya refreshing di mana Nathan ni belajar segala-segalanya daripada Trent. Setiap chapter ada je benda baru yang dia (dan aku) belajar. Plus, watak anjing peliharaan Trent, Bentley ni pun ada role dia yang tersendiri. Dan novel ni aku akui memang banyak xxx scenes la (tapi bukannya korang tak suka, ye dok hhehe).




Itulah dia antara novel-novel yang aku dah baca dan aku rasa sangat menawan hati. Kalau rasa macam bosan dan takde apa-apa nak buat bolehla try novel-novel ni, memang rugi kalau tak.

Okay, sekian, Adios.