Asyraf Faiz seorang pelajar biasa berumur 19 tahun yang menuntut di
Eurasia National College. Dia digelar ‘si sunshine’ oleh rakan-rakannya kerana
sikapnya yang sentiasa positif dan happy-go-lucky. Tanpa diketahui
rakan-rakannya, Asyraf sebenarnya memendam rasa terhadap Hariz Haikal, seorang
loner yang menjadi rebutan gadis-gadis di institusi itu kerana rupa parasnya
yang yang memang ‘perghh’ dan statusnya sebagai anak kepada seorang ahli
perniagaan.
“S—Saya sebenarnya suka kat awak!”
“Jadi boyfriend aku jom.”
“Hah?!!”
“Kau cakap kau suka kat aku kan? Jomla kapel.”
Hallway Eurasia
National College atau lebih dikenali sebagai ENC hingar-bingar dengan
pelajar-pelajar yang terkejar ke sana sini kerana kelewatan untuk ke kelas dan
juga yang sedang rancak bersembang bersama rakan masing-masing. Di celah-celah
manusia itu merupakan Asyraf Faiz atau lebih mesra dengan panggilan Asyraf yang
baru sahaja tamat kelas Literature nya. T-shirt polo beigenya basah dengan peluh akibat daripada bahang haba di hallway itu. Dia mengesat sisa keringat
di dahinya sambal memegang beberapa buah buku tebal yang semuanya berkaitan
dengan literature dan yang sewaktu
dengannya. Seketika, telefon bimbitnya berdering, menandakan ada panggilan yang
menunggu untuk dijawab. Lelaki itu menyumpah seranah pemanggil tersebut di
dalam hatinya sambil tangannya terkocoh-kocoh menyeluk ke dalam poket kecil di
begnya sambil cuba mengimbangi buku-buku tebal di tangannya yang sebelah lagi.
“Kau nak apa?!” Asyraf menjawab panggilan itu tanpa salam atau ‘hello’
seperti yang selalu dilakukan kerana dia sudah tahu siapa pemanggil yang
merosakkan moodnya itu.
“Wowow, janganla marah, Cerap. Kau ni, pagi-pagi lagi dah nak mengamuk.”
Si pemanggil di talian ketawa kecil, memarakkan lagi api yang sudah membahang
di hatinya.
“Pagi pale hotak kau. Ni dah pukul 12.30, mangkuk. And stop calling me
Cerap, will you?!” Asyraf membalas kata-kata Imran itu sambil mengetap
bibirnya, cuba menenangkan dirinya. Entah kenapa dia terasa macam nak
pelangkung semua orang hari ni.
“Alahh, kira separuh pagila tu. Habis tu kau nak aku panggil kau apa?
Air sirap?” Sekali lagi, ketawa kecil itu meletus dan Asyraf terfikir bagaimana
dia boleh berkawan dengan lelaki ini.
“Bagi aku
phone tu. Lambat betulla kau ni.” Kedengaran suara lain di hujung talian
sebelum Asyraf terdengar bunyi benda bergerak dan suara yang lebih dalam
menyapa telinganya.
“Assalamualaikum, sunshine.”
Suara itu menyapa dengan lembut dan buat pertama kali pada hari itu, Asyraf
tersenyum. First, kerana dia kenal pemilik suara itu dan second, kerana
nickname yang baginya begitu comel itu.
“Waalaikumsalam. Fiq. Ada apa korang kecoh-kecoh tu?” Dia bertanya,
mendengar suara rakan-rakannya yang lain di hujung talian. Ni mesti si Imran pasang loudspeaker ni. Kuajaq punya kawan.
“Diorang ajak kau makan sekali kat café ni. Lagipun, sejak-sejak akhir
ni kau asyik sibuk je. Datangla sini.” Afiq mengajak dan Asyraf terasa berat
hati untuk menolak. Memang dia jarang keluar dengan mereka sejak ujian semester
2 berakhir. Itu pun kerana grednya agak merosot dan dia perlu mencari masa
terluang untuk mengkaji semula sebab perkara itu berlaku. Dia merenung jam di
pergelangan tangannya dan berfikir sejenak.
“Ermm, okla. Dalam 10 minit lagi aku sampai.” Dia membuat keputusan
dan mengakhiri perbualan itu sebelum meneruskan perjalanannya yang tadi
terbantut. Dia sudah tahu, café manakah yang mereka sebutkan, memandangkan café
itu adalah tempat mereka berkumpul bersama, samada untuk enjoy atau untuk share masalah
masing-masing. Mindanya mula terbayang wajah rakan-rakannya satu persatu.
Imran Hakimi yang nakal dan suka mengusik, Afiq Daniel yang penyabar
dan cool, Syed Luqman yang playboy dan juga Farish Akmal yang agak
pendiam.
Di antara keempat-empat rakan-rakannya itu, Afiq lah yang paling rapat
dengannya. Mungkin kerana mereka sudah berkawan sejak tali pusat masih terlekat
di perut lagi. Imran, Luqman dan Farish pula menjadi sahabat mereka sejak
disatukan di dalam satu kumpulan sewaktu minggu orientasi di kolej itu.
Tetapi entah kenapa, sejak akhir-akhir ni, dia perasan ada sesuatu
yang berubah pada Afiq. Lelaki itu seakan-akan terlebih affectionate dengannya. Ke mana-mana sahaja Asyraf pergi, pasti dia
akan mengikut dan mana-mana lelaki atau perempuan yang menegur Asyraf, pasti
dia akan melenting tak tentu pasal.
Hmm, pelik.
Terlalu asyik berfikir, Asyraf tidak sedar mengenai seorang lelaki
yang sedang berjalan melintasinya. Lelaki itu juga sama seperti Asyraf, berada
di dalam dunianya sendiri dengan sepasang headphone terlekap di telinganya dan
tangannya yang diseluk ke dalam poket.
Dengan hala tuju mereka yang bertentangan, kedua-dua lelaki itu
berlanggar dan serentak dengan itu, buku-buku di tangan Asyraf terjatuh.
Kedua-dua mereka seakan tersentak dan Asyraf terasa pipinya berubah warna
apabila mengenali wajah lelaki di hadapannya itu.
Hariz
Haikal!
Hariz membuka headphonenya dan duduk mencangkung lantas mengutip
buku-buku yang bertaburan di lantai itu. Asyraf pula masih kekal membatu di
situ. Dia seakan-akan berada di alam mimpi kerana HARIZ HAIKAL YANG HANDSOME, MACHO DAN COOL ITU SEDANG BERADA DI
HADAPANNYA!!!!
“Sorry.” Sebaris perkataan yang pendek tetapi sudah mampu membuat
jantung Asyraf berdegup laju seakan baru lepas lari marathon. Hariz
menghulurkan buku-buku itu kepadanya dan sekali lagi wajah Asyraf berubah
menjadi tomato apabila jari mereka bersentuhan dan dia hanya mampu
menganggukkan kepalanya sebagai tanda penghargaan kerana bimbang dia akan
menghamburkan perkataan yang pelik sekiranya dia membuka mulut.
Selepas itu, Hariz beredar dan Asyraf cuba menenangkan dirinya dengan
melakukan senaman nafas di situ. Dia tersenyum kembali mengingati biceps yang
berotot itu dan suara yang sememangnya menggoyahkan hati. Seketika kemudian dia
menekup mukanya kerana ARGHH HARIZ HAIKAL
TERSANGATLAH PERGHHH!!
Guys, this is my first attempt in writing a novel so I'm really nervous right now. Waaa, aku tau Asyraf tersangatlah silly dan agak pervert di sini tapi itu memang character dia aku harap korang boleh terima perkara tu. Aku selalu je baca novel PLU yang sedih-sedih, berkotak-kotak tisu aku guna waktu baca novel-novel tu. Huhuii. So, in my case, aku nak try sesuatu yang barula. Macam cerita yang happy-happy sikit. Harap korang boleh support akuuu :D
Sorry kalau ada kesalahan sana sini, I'm still an amateur :DD
Sorry kalau ada kesalahan sana sini, I'm still an amateur :DD