Tuesday, 4 November 2014

pasangan gay korea (I need your opinion, guys!)

Assalamualaikum and hello guyssss, apa khabar? Sihat? Wahaaaa, aku masih hidup lagi di sini, huhuii, jangan risau (ada ke yang nak risau?)

Haaa, kali ni aku post sesuatu yang memang aku dah plan nak post dari dulu lagi, tapi ia masih kekal tersimpan di dalam draft sehinggalah hari ini. Well, post ni mungkin akan buat korang rasa menyampah sekiranya korang tak suka Korean Pop atau lebih dikenali sebagai K-pop. Kalau korang tak suka, sila back off now sebelum terlambat. Tapi siyes cakap, video yang aku post ini tersangatlah adorable dan rugi kalau tak tengok. *wink wink*

Dan kalau korang rasa aku membebel terlalu banyak kat bawah ni dan malas nak baca, terus jela skip ke video tu, tapi lagi ok kalau korang baca sebab ada beberapa informasi penting yang aku bagitau.

Video kat bawah ni is about dua orang members dari kumpulan Korea yang sedang menginjak naik sekarang iaitu EXO. Nama diorang ialah Chanyeol dan Baekhyun. Hmm, aku dah minat group ni sejak diorang debut lagi iaitu pada tahun 2012. So, nak dipendekkan cerita Chanyeol dengan Baekhyun ni dah jadi kawan dah lama dah, sejak zaman diorang trainee lagi, so diorang ni memang rapatla. Bila diorang debut, peminat semua macam dah perasan yang something is going on between the two of them. Something yang really fishy, sebab diorang ni suka bermesra, buat ala-ala lovey dovey waktu konsert, mengusik sesama sendiri, macam-macam lagilah.

Tapi perkara tu dah dianggap biasa dalam dunia K-pop ni sebab, yelahhh, kalau kita jadi idol, kita mestila nak tarik perhatian peminat dan kalau betul Chanyeol dengan Baekhyun buat semua tu semata-mata sebab nak tarik perhatian peminat terhadap EXO, aku rasa diorang dah berjaya sebab aku memang betul-betul tertarik dengan diorang punya interactions.

Tapi kalau Baekhyun dengan Chanyeol buat semua tu sebab diorang memang betul-betul love each other, lagi aku suka. Kenapa? Sebab diorang ni memang seriously adorable dan comel, okayy! I can't lie to myself! *tetibe emo*

Soo, rumours pasal Baekhyun ni gay mulalah float around in K-pop industry sebab siyes cakap dia ni memang nampak macam gay betul-betul. Nanti kalau ada masa aku buatla post pasal dia. Disebabkan rumours pasal dia gay tu, company EXO ni macam rasa tak selesala. Tambah-tambah lagi waktu tu ada seorang ahli member diorang keluar dari group tu dan saman company tu. Nama company tersebut ialah SM Entertainment. Beberapa minggu lepas ahli member tu keluar, tiba-tiba pulak keluar berita yang mengatakan bahawa Baekhyun EXO sedang bercinta dengan Taeyeon SNSD, siap ada gambar diorang dating dalam kereta lagi. Dan perkara itu disahkan sendiri oleh SM Entertainment!

Semua peminat K-pop terkejut beruk dengan berita tu sebab ahli member diorang baru je keluar dari group tu dan tetibe je pulak si Baekhyun ni couple dengan Taeyeon. So, aku macam smell something fishy. In my opinion la kan, aku rasa SM Entertainment ni macam saja je buat announcement pasal Baekhyun dengan Taeyeon sebab dia nak alih perhatian peminat daripada ahli member diorang yang keluar tu, supaya peminat takkan sokong Kris (member yang keluar tu). Tapi tak taula sebab ianya sekadar opinion dari aku sahaja,

Aku takde masalah pun kalau diorang nak couple ke apa, cuma, yelah, korang taulah gay ni macam mana kan, ianya sebuah topik yang sangat sensitif untuk dibincangkan, even di negara maju macam Korea ni. Plus, diorang ni idol, so diorang kenala jaga imej syarikat dan group diorang.

Satu lagi, yang tinggi tu Chanyeol, yang rendah dan comel-comel sikit tu Baekhyun. Judging from their height, korang mesti dah boleh agak siapa top dan bottom kan? ;)

Hahaa, gurau jeee.




Sebenarnya, motif sebenar aku post video ni adalah untuk tanya kat pakar-pakar yang kat luar sana tu *ehem yang gay-gay di luar sana tu ehem* samada diorang ni memang ada perasaan terhadap sesama sendiri atau pun ianya sekadar fanservice sahaja? Ataupun ianya memang purely friendship sahaja? Atau mungkin juga bromance?

note: fanservice bermaksud sebarang interactions yang dibuat oleh idol supaya peminat jadi gila.

Sooo, I really need your help, please give your opinion about this couple sebab sumpah aku cakap, kadang-kadang sexual tension antara diorang ni agak obvious jugak tau. Huehuehuehue.

And tell me kalau korang nak tau pasal couple ni atau pasal group EXO tu ke, aku akan sedia berkhidmat sebagai penjaga kaunter informasi. Huhuii.

That's all for now, thanks for reading!




No comments:

Post a Comment