Monday 27 March 2017

Hmm.....

Assalamualaikum.

Wow, dah berapa abad aku tak update blog ni? Tbh, I stopped updating sebab truly takde masa plus malas pun satu hal. Tahun 2016 aku update sekali je blog ni weh. Gila hampeh betul. Laptop aku pun banyak kali buat hal and banyak kali kena format which means banyak dokumen and informasi penting hilang. Tu yang buat aku frust sampai takde update tu lol. Alasan takleh pakai betul.

Korang mesti perasan nama aku yang dah bertukar ni kan? OHOOHOOHOH.

Yes, aku masih minat exo dan minat aku terhadap diorang dah menjadi semakin mendalam dari hari ke hari. Tu yang pasal sampai nama g+ pun habis kena tukar tu huhu.

Aku tak rasa ada lagi orang yang baca blog ni. Cuma tetiba hari ni rasa rindu yang sangat malaun terhadap blog ni and ter publish lah post ni.

And tetiba rasa rindu nak tulis ASH! balik. Korang mesti dah lupa pasal novel tu kan? *bubuh emoji nangis*. Tapi yela, salah aku jugak sebab malas tahap tenuk nak update blog ni. Haihhh.

ASH! chapter 4 ada je dalam draf sebenarnya. Menunggu masa untuk disambung sikit dan dipublish je,


Hmm.









Saturday 4 June 2016

Anchor

Tangan Mr. F singgah di paha, menyentakkan fikiran aku yang menerawang jauh.

"Kau okay ke?"

Aku tersenyum, mahupun secara paksa sambil mengalihkan tangannya. Kalau lama-lama dekat situ maybe perut aku akan buat somersault balik, like how it wasn't supposed to.

"Kau nak bawak aku makan pergi mana ni?" Aku bertanya, cuba mengelak menjawab soalan yang diajukan tadi. Sejujurnya, aku tak okay but then aku malas nak panjang-panjang cerita dengan dia.

Mr. F tersenyum dan hati aku kembali bergetar melihat bibir itu. Get a grip, Sam!

"Surprise la, der."


Aku tak pernah bercerita tentang Mr. F di blog ini. Maybe sebab my feelings for him are still mixed so aku tak nak fikir sangat. Mainly because I'm still studying and kena focus even when everyone kata umur aku ni dah layak ada life-partner.

Lol, rasa nak tergelak pun ada.

Aku kenal Mr. F from a friend. Actually dia sepupu kawan aku and is 3 years older than me.

We met a year ago waktu aku masih lost, waktu aku masih depressed and still searching for a light. I never told him about my family problems or my suicidal attempt but then he just plainly understands everything.

And that is why I never wrote about him in this blog, sebab kalau aku tulis, aku rasa macam dah betray dia. But then, the closer we got, the mixed I got.

Aku dah anggap dia macam abang sendiri since dia banyak tolong aku get over everything and live your life the way you want. He once told me, "I never want to see you hurt. So please, don't do stupid things anymore."

And that just touched my heart deep inside, like seriously deep. Huhuu.

He's obviously straight, I just knew it and that is why aku tak nak berharap terlalu tinggi. Sebab kalau tinggi-tinggi sangat, nanti jatuh sakit. So, I keep every one of my feelings for him bottled inside but then sometimes everything gets too overwhelming and I just had to write it down here.

Dear Mr. F, what should I do with you?






Monday 7 December 2015

All Of Me

Suara Chanyeol tersangatlah AJHDSHDYEHS and English dia tersangatlah adorable, tambah-tambah time dia sebut huruf 'd' lolzz.




Kenapa, Chanyeol?!! Kenapa?!! Kenapa suara kau sexy sangat?!! AJNDJNWJ









Thursday 19 November 2015

Back

Assalamualaikum semua.

Akhirnya, setelah 2 bulan menyepi dari dunia maya, aku kembali semula. Sejujurnya, aku tak tau nak update apa (selain daripada novel ASH!) sebab dalam real life, aku seorang yang susah untuk luahkan isi hati, instead aku lebih kepada seorang pendengar dan mood maker. Kira macam the clown of the group lah. Hahahaa. Jadi bila nak story dekat dalam blog ni, terasa awkward pulak walaupun aku tak tau apa reaction korang bila baca apa yang aku post. Tapi at least aku mencuba. Ye dok? :D

Apa-apa pun, aku masih sihat walafiat di sini dan alhamdulillah, life is getting better walaupun banyak jugak obstacles yang perlu ditempuh (perghh, ayat). Aku tak pernah lupakan blog ni, kadang-kadang tu bila nak tidur tengah malam tu, mesti teringat dekat semua follower dan reader and waktu tu rasa nak bukak laptop and type everything tapi hasrat tu sekadar mati dalam hati je, tak pernah pun tangan ni menaip. Entah kenapa, malam ni rasa terinspirasi sekejap. Mungkin sebab beberapa peristiwa yang aku lalui dan beberapa orang baru yang aku kenal sepanjang peristiwa tu.

Tahun ni terasa macam tahun rehab untuk aku (hahhaha) sebab aku memang try untuk jadi yang terbaik dan lupakan semua pengalaman pahit aku. In a nutshell, aku sedang cuba untuk berubah. Mungkin sebab tahun depan nak pegang jawatan tinggi dan jawatan tinggi bermaksud amanah yang lebih besar. Atau mungkin jugak sebab kawan-kawan yang tak henti bagi semangat, sentiasa berdiri di sebelah aku. Atau mungkin jugak sebab Mr. R.

Yup, Mr. R.

Tapi aku tak nak ulas lebih lanjut pasal dia sebab nanti akan terkeluar daripada tujuan asal aku buat post ni.

Sepanjang hidup ni, aku belajar yang manusia ada banyak kemahuan. Macam time baby, kita menangis mintak susu. Dah besar sikit kita hentak-hentak kaki mintak mainan. Naik sekolah rendah, kita mintak barang-barang keperluan sekolah. Bila dah masuk high school, kita mintak baju atau motor baru sebab nak ikut peredaran fesyen dengan trend terkini. Dah sampai kolej, kita akan mintak untuk tinggal berjauhan dengan parents sebab nak hidup berdikari.

Dan dalam setiap perkara yang kita mintak atau mahu tu, mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Daripada botol susu, robot mainan, beg sekolah, motor ke rumah sewa.

Mungkin waktu kecik dulu aku kehilangan zaman untuk hentak kaki dan mintak robot mainan dan zaman untuk mintak motor apa semua tapi aku memang sedang cuba untuk melupakan semua tu dan accept who I really am.

Accept my family, my parents, my sibling, my friends.

And aku sedang cuba sedaya-upaya untuk avoid suicide. Aku pernah cerita dekat korang, pasal zaman depression aku, tentang macam mana aku berharap sangat nak mati dan leave everything. Tapi sekarang aku sedar betapa berharganya hidup ni dan betapa susahnya untuk aku rebut kehidupan ni dulu waktu dalam rahim mama aku. I'm trying. I'm trying really hard.

Memang susah tapi aku akan terus cuba sampai aku dapat berdiri tegak dengan dua kaki sendiri tanpa bantuan tongkat lagi. InshaAllah!

Thank you for reading this little heart of mine and I hope you guys can support me along the way.






Tuesday 22 September 2015

Recommended Gay Novels

Assalamualaikum semua,

Now, as you can see, buku-buku dekat bawah ni semua aku dah khatam habis dan boleh didapati di smashwords.com secara FREE. Kalau korang pakai Android (smartphones, tabs etc) korang boleh download aplikasi Ebook Reader dulu atau Kindle dan buku-buku ni sedia untuk dimuat turun. Nak baca online pun boleh sebenarnya tapi aku lagi prefer pakai ebook reader.


WARNING!! BUKU-BUKU NI SEMUA UNTUK 18 AND ABOVE SAHAJA!





BTW I Love You by Nico Jaye

Novel ni mengisahkan seorang lelaki gay bernama Adrian yang tinggal di Los Angeles dengan roommate dia, Kai. Pada satu malam, waktu tengah bosan Adrian ni bukakla akaun Chatroulette dia dan lepas di reject beberapa kali untuk berchatting disebabkan topeng Batman yang dia pakai, seorang lelaki yang memakai topeng X-Men menegur dia dan daripada hubungan diorang bermula.

Jake, lelaki bertopeng X-Men itu merupakan seorang lelaki yang berasal daripada Los Angeles juga tetapi kini sedang belajar di Australia. Selepas berkenalan dan melihat wajah masing-masing, Adrian sedar yang dia semakin jatuh hati kepada Jake. Tapi dia juga sedar yang jarak di antara mereka beribu-ribu batu jauhnya. Apa yang akan berlaku bila Jake kembali ke Los Angeles?


Comment:
Novel ni memang tersangatlah fluff (tambah-tambah time diorang first time jumpa tu) dan sesuai untuk diorang yang sedang berhubungan jarak jauh. Sesuai dibaca ketika dalam mood sedih sebab dia boleh mengubah mood korang dalam sekelip mata.






The Log Cabin by JC Dixon

Novel kedua ni pula mengisahkan sebuah kabin yang didiami oleh Aaron, seorang writer sepenuh masa. Suatu malam, Aaron terdengar bunyi ketukan di pintu kabin dia dan mendapati seorang lelaki bernama Luca yang ketika itu sedang melarikan diri daripada masalahnya di bar berdiri di luar pintu kabin itu. Tanpa menunggu, Aaron menjemput Luca yang berlumuran darah itu masuk ke kabinnya.

Setelah menghabiskan malamnya dengan penuh istimewa (ehem paham-paham jela) di kabin itu, Luca meminta diri untuk pulang tetapi setelah meninggalkan kabin itu, Luca terasa sedih yang amat sangat, seperti dirinya sudah menetap berpuluh-puluh tahun di situ. Akibat daripada kesedihan yang melampau, Luca berpatah balik.

Setelah berkahwin bersama Aaron (yeayyy), Luca mengambil keputusan untuk terus tinggal di situ. Mereka mengambil keputusan untuk menyiasat mengapa mereka begitu sayangkan kabin itu (Aaron dah banyak kali cuba jual kabin tu, tapi pembeli dia semua macam tak puas hati, last nya dia sendiri duduk situ). Semasa cuba menyelidik beberapa perkara, Aaron dan Luca berdepan pelbagai gangguan atau pun sebenarnya petunjuk yang akhirnya membawa mereka ke sebuah kisah tragis yang pernah berlaku di kabin itu berpuluh tahun dahulu.


Comment:
Pada permulaan, cerita dia sememangnya menarik, pada pertengahan, dah start macam seram sikit dicampur dengan fluffiness akibat daripada hubungan Aaron dan Luca ni. Ending dia, pesta air mata. Don't worry, it's a happy ending tapi kira macam bitterseweet gitu la. Novel macam ni memang aku punya taste sebab dia macam ada misteri dan thriller sikit. Memang best *thumbs up*





Learning To Feel by N. R. Walker.

Nathan merupakan seorang doktor di sebuah hospital terkemuka di Boston yang merasakan dia kehilangan sesuatu di dalam hidupnya. Hidupnya terasa kosong walapun mempunyai kerjaya yang mantap dan keluarga yang sangat memahami. Akibat daripada perasaanya itu, Nathan mengambil keputusan untuk berpindah secara sementara ke sebuah pekan kecil di Belfast dan bekerja sebagai doktor di situ.

Apabila sampai di rumah yang dibekalkan bersama kontraknya di Belfast, Nathan mendapati seorang lelaki bernama Trent turut sama mendiami rumah itu kerana dia sedang menghabiskan lukisan muralnya di rumah itu (Trent ni seorang pelukis), Walaupun agak tidak selesa dengan sikap Trent yang agak open dan seductive itu, Nathan membenarkan Trent dan anjing peliharaannya, Bentley tinggal di situ sementara Trent menghabiskan muralnya,

Setelah beberapa kali terlanjur bersama, Nathan sedar bahawa kekosongan di hatinya semakin terisi dengan kehadiran Trent tetapi sikap Trent yang menganggap hubungan itu sekadar berlandaskan fizikal sahaja membuatkan Nathan cuba untuk melupakan perasaanya dan menganggap Trent hanya sebagai 'fuckbuddy'. Tanpa Nathan ketahui, Trent sebenarnya mempunyai masa silam yang gelap yang membuatkan dia hilang kepercayaan kepada mana-mana lelaki,


Comment:
Sepanjang aku baca novel ni, aku tak pernah sekali pun rasa bosan (serius cakap!). Jalan cerita yang sememangnya refreshing di mana Nathan ni belajar segala-segalanya daripada Trent. Setiap chapter ada je benda baru yang dia (dan aku) belajar. Plus, watak anjing peliharaan Trent, Bentley ni pun ada role dia yang tersendiri. Dan novel ni aku akui memang banyak xxx scenes la (tapi bukannya korang tak suka, ye dok hhehe).




Itulah dia antara novel-novel yang aku dah baca dan aku rasa sangat menawan hati. Kalau rasa macam bosan dan takde apa-apa nak buat bolehla try novel-novel ni, memang rugi kalau tak.

Okay, sekian, Adios.







Wednesday 22 April 2015

Damn Sexy

Bila aku tengok video ni, aku rasa macam 'SHETTTTTT!!!!'
How can a person be so damn hot?!! Tell me now, TELL ME!!! *emo sebentar* Seriously, Sehun ni takdela muscley or sado sangat pon, but his face!! Damn his poker face just kill me. Actually dia ni yang paling muda dalam EXO, kalau tahun ni tak silap aku umur dia 23, kira muda jugakla tu. Tapi, dengan ketinggian dia tu, memang dah cukup untuk buat aku jadi HNSJNAJBEBY *speechless* I have a thing for tall people *oopppsss*

Jadi marilah kita gather sama-sama untuk menyaksikan the sexiness of Oh Sehun di bawah ni. Kalau korang tak rasa sexy takpe, tapi bagi aku memang dah fire burning on the dance floor laa. Plus, dia ni antara main dancer and rapper of EXO.







p/s: I'm back teeheee *gelak hambar*




Tuesday 17 March 2015

Her husband

Assalamualaikum dunia, bangunlah semuaaaaa

Cewahh, feeling-feeling lagu faizal tahir gituu. Amacam dengan weekend korang? Dapat rehat? Ke buat OT? Ke hampa semua dok pi maleh-maleh kat ghumah, takda buat papa? Cehh, anak jati Perak tapi nak cakap Kedah pulak. Memang fail la aku.

Weekend aku pulak kena spend dekat rumah cousin aku ni dekat Selangor, well. takdela cousin sangat, lebih kepada abang saudara sebab dia lagi tua daripada aku, lebih kurangla tu kan? Dia dah selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya minggu lepas, tapi majlis sandingnya baru buat Ahad hari tu. Aku pun tak tau pasai apa diorang buat lambat sangat memandangkan aku takdela rapat sangat dengan family diorang.

Nak dijadikan cerita, family kitorang ni jenis yang tak berapa suka nak ambil catering sebab kitorang lebih suka buat rewang-rewang (masak beramai-ramai) untuk mengeratkan tali silaturrahim (lah sangat).

So, sepanjang 3 hari (Jumaat sampai Ahad) aku duduk situ, aku tolongla memasak. mengemas and mencuci pinggan dll. Dalam family cousin aku ni, diorang ada seorang anak perempuan yang dipanggil N.

N ni kiranya memang muda lagila memandangkan dia tua beberapa tahun je daripada aku. Dulu aku ada dengar-dengar cerita daripada mama aku yang N ni sosial budaknya and selalu keluar dengan lelaki sampaila satu hari makcik aku tu dah tak tahan sangat, dia kahwinkan je si N ni dengan boyfriendnya, tapi majlis tu buat kecil-kecil je. N ni kalau tak silap aku baru lepas habis SPM waktu dia kahwin tu.

Tapi lepas diorang nikah tu aku takde pernah pun jumpa suami dia.

Sampaila hari aku datang ke Selangor tu, aku ada ternampak N ni, yelah, kahwin abang dia takkan tak datang kot. Lepas tu aku teringat yang dia ni dah kahwin, and serentak dengan tu jugakla aku terfikir 'mana satu husband dia ni ya?' sebab waktu tu ramai lelaki.

Aku sebenarnya takdela opposed sangat perkahwinan diorang tu memandangkan kahwin awal ni dapat mengelakkan zina, takdela nanti mengandung keluar anak luar nikah.

Turns out, husband si N ni memang good looking orangnya. Yelah, muda lagi kan, badan pun boleh tahan. Bertuah si N tu dapat dia.

Ada one time ni, aku tengah tolong makcik aku buat gubahan kat dapur, yang N ni pun tengah menolong jugak. Tetiber je husband dia ni (let's call him C) keluar dari bilik dengan seluar pendek and tuala, shirtless. Aku memang dah telan air liuq dah tengok body dia, and waktu tu jugakla dia pun terpandang aku sekali, mak aihh memang aku blushing habisla. Tapi lepas tu aku diam and sambung buat kerja. Lepas C mandi, dia lalu belakang N and sambil tu sempat lagi cuit-cuit pinggang bini dia.

Aku pun macam, 'haihh, sweetnya.'

Banyak kali jugakla aku locked eyes dengan C and his stares are.... I don't know laa but maybe there's some confusion + amusement in his eyes. Macam dia suka tengok aku menggelabah.

Tapi yang paling shocking ialah time dia grab tangan aku and tarik aku masuk dalam salah satu bilik ni. Tapi dia tak buat apa pun. Just tanya,

"Kau ni siapa?"

"Err, ermm, s-sepupu Yeon (abang saudara aku)."

And then he said nothing and left the room, leaving me soooo damn speechless.

Like what the hell. man? Macam kau tak boleh tanya macam biasa je, tak payah nak grabby sana sini.

Seriously, sepanjang aku duduk rumah makcik aku tu, hidup aku tak tenteram. He's eyeing on me like I'm his f*cking prey.

It's annoying but at the same time it gives my heart a big swell, macam dup dap dup dap jugakla kalau berhadapan dengan dia.

Tapi aku ni bukanlah seorang yang gemar sangat bercinta dengan laki orang since aku tau macam mana rasanya kena betrayed dengan orang yang kau sayang so aku tak nakla N ni mengalami benda yang sama.

I mean, she's pretty and kind, so she deserves some happiness with C.

Right?