Seperti hari-hari sebelum ini, Asyraf bergerak masuk ke dalam Faculty of Modern Languages and Communication dengan buku-buku yang penuh di tangan dan sebuah beg yang tersandar longlai di bahunya. Tetapi berbanding langkah kakinya yang dulunya begitu bersemangat dan berjiwa waja, hari ini Asyraf terpaksa mengheret kedua-dua belah kakinya yang entah kenapa hari ni macam gagal berfungsi dengan sebaiknya.
Dia berhenti seketika lalu menguap buat kesekian kalinya pada pagi itu. Matanya pula terasa seperti dihempap bertan-tan konkrit yang mampu membuat dia baring di atas lantai hallway fakulti itu.
Adoii, ngantuknya!
Disebabkan semalam dia telah bertungkus-lumus menyiapkan assignmentnya, Asyraf terpaksa melalui pengalaman yang paling menakutkan dalam hidupnya, iaitu menaiki subway pada jam 1 pagi dengan subway itu yang memang kosong tanpa ada kelibat manusia pun kecuali sorang kakak ni. Itu pun Asyraf doubt samada akak tu memang manusia atau pun.... Paham-paham jela.
Dah lepas sampai rumah sewanya pulak, housemates dia semua dah terbongkang tidur dekat ruang tamu dengan tv yang masih terbuka dan bekas kotak pizza hut yang terbiar di atas meja.
Dengan badan yang sememangnya penat, dia pun landing atas katil dengan seluar jeans yang tak ditukar dan sweater yang masih tersarung di badan dan terus berdengkur sampai tak ingat dunia.
Dan begitu jugalah kisahnya bagaimana dia kelihatan seperti zombie pada pagi itu. Dengan rambut yang macam baru lepas kena sumo, baju yang memang crumpled habis dan muka yang sembap, Asyraf menerawang di sekitar fakulti itu, cuba mencari kelasnya pada hari itu dengan ingatan yang samar-samar.
Sebaik sahaja sepasang matanya tertancap pada dewan kuliah D, Asyraf cepat-cepat melangkah menuju ke situ memandangkan dia tak mahu lewat dan merosakkan imejnya sebagai salah seorang pelajar terbaik jurusan Language and Linguistic.
Mujurlah Puan Hani masih belum sampai lagi ketika itu dan Asyraf mengambil tempat duduknya di sebelah seorang lelaki yang dikenali sebagai Khai. Khai yang ketika sedang menelek telefonnya memandang ke arah Asyraf dan menghadiahkannya sebuah senyuman.
"Hai, Asyraf kan?" Khai menegur dan tersenyum kembali ke arah lelaki itu. Mereka sudah banyak kali bersua muka memandangkan Khai juga, seperti Asyraf mengambil kelas yang sama cuma mereka jarang bertegur sapa.
"Yupp, and you ni Khai, kan?" Asyraf bertanya, cuba menghilangkan rasa mengantuknya yang kembali menjengah apabila menerima penangan penghawa dingin di dewan kuliah itu dan lelaki di sebelahnya itu sekadar mengangguk sebelum membuka mulutnya semula.
"Tak nampak pun kau punya best friend hari ni. Apa nama dia? Afiq kan?" Khai memulakan perbualan dan barulah Asyraf tersedar yang dia masuk ke dalam dewan kuliah berseorangan hari ini berbanding hari-hari sebelumnya, di mana dia ditemani Afiq.
Ngantuk punya pasal, best friend sendiri pun lupa.
"Alahh, dia memang selalu lambat pun. Hari ni aku agak disoriented, tu yang lupa kejap pasal dia tu." Asyraf menjawab dengan selamba dan Khai ketawa kecil mendengar jawapannya itu.
Sebaik sahaja Khai habis ketawa, pintu dewan kuliah terbuka dan Afiq muncul dari sebalik pintu itu dengan rambut yang memang gelled habis, membuatkan semua perempuan dalam dewan tu blushing bila tengok dia.
Asyraf tersenyum sendirian mengenangkan sahabat dia yang popular tu. Dia melambaikan tangannya, cuba mengambil perhatian Afiq agar lelaki itu duduk di sebelahnya.
Afiq tersenyum sebaik sahaja terpandang dirinya tetapi senyuman itu tiba-tiba bertukar menjadi jelingan kasar apabila dia ternampak Khai di sebelah Asyraf yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tanpa menunggu lagi, Afiq terus sahaja duduk di mana-mana kerusi kosong yang dia nampak dan Asyraf mengeluh kehampaan.
"Dia tak nampak ke aku lambai kat dia tadi?" Asyraf bermonolog sendirian, agak kecewa memandangkan dia bakal kebosanan sepanjang kuliah ini.
"Dia tak nampakla tu kot. Takpela, aku boleh temankan kau hari ni. Bukan selalu kita dapat bersembang." Khai di sebelahnya mencelah dan Asyraf tersenyum kembali.
Well, Khai pun bolehla. Takdela aku mengantuk sangat.
Sebaik sahaja tamat kelas Puan Hani, Asyraf terkocoh-kocoh mengemas barangnya, cuba mengejar Afiq yang sudah keluar dari dewan kuliah tadi. Bila dia keluar Asyraf pun tak sedar. Dah macam pelesit lajunya.
"Fiq!" Dia memanggil apabila ternampak kelibat rakannya yang berbaju biru pada hari itu tetapi tiada balasan.
"Wei, Fiq, tunggula aku!" Dia memanggil lagi, kali ini berjaya juga sampai ke sebelah Afiq yang wajahnya masam mencuka itu. Asyraf termengah seketika, cuba menyedut kembali oksigen yang meninggalkan tubuhnya sewaktu berlari tadi.
"Kau tak nampak ke aku panggil kau dalam dewan sebelum kelas start tadi? Tempat duduk sebelah aku kosongla tadi." Asyraf bertanya tetapi Afiq hanya berjalan tanpa menghiraukan soalannya itu. Dan ini sedikit sebanyak membangkitkan kegeraman di hati Asyraf.
"Wei, kau ni kenapa? Aku tanya ni, jawabla." Asyraf meninggikan sedikit suaranya dan Afiq berhenti daripada terus menapak ke hadapan dan berpaling ke Asyraf dengan pandangan yang menyinga.
"Berapa kali aku kena bagitau kau, jangan rapat dengan mana-mana lelaki pun kecuali aku!" Afiq menjerkahnya dengan dada yang berombak, marah yang amat. Asyraf terpinga seketika.
"Afiq, tolongla, aku tak faham kenapa kau perlu marah. Semua orang dalam kolej ni kawan aku jugak dan aku ada hak nak rapat dengan mana-mana lelaki atau perempuan yang aku suka." Asyraf berkata, cuba menyabarkan hatinya yang kian terbakar dengan perangai rakannya yang satu ini.
"Aku tak kirala kau suka ke tak suka ke, yang penting lepas ni kau tak boleh cakap atau rapat dengan sesiapa pun, kau faham tak?!" Dengan jari-jari yang digenggam penumbuk, Afiq memberi amaran dan Asyraf yang sedari tadi bersabar akhirnya melenting juga.
"Hei, apa masalah kau ni, ha? Kau siapa nak suka-suka suruh aku but macam tu? Apa hak engkau? Kita dah bincang benda ni dah banyak kali dah, Fiq dan setiap kali kau janji tak nak marah dah, tiap kali tu jugakla you broke your own promises. Kita dah kawan nak dekat 20 tahun dah, takkanla sampai bila-bila kau nak macam ni? Tolongla, Fiq, stop all this nonsense. Kau kawan aku dan aku sayang kau tapi itu bukan bermakna kau boleh sesuka hati atur hidup aku." Dengan perasaan yang marah dan kecewa, Asyraf berlalu dari fakulti itu tanpa menghiraukan panggilan kasar daripada Afiq yang menyuruhnya kembali.
---------
Imran, Luqman dan Farish memandang sesama mereka sambil mata masing-masing melirik ke arah Asyraf yang sedang merehatkan kepalanya di atas meja kafe itu.
Imran mencubit perlahan lengan Luqman, mengisyaratkan lelaki itu until membuka mulut dan bertanya. Luqman pula menarik kasar lengannya daripada terus menjadi mangsa cubitan Imran sambil cuba memberikan pandangan menakutkan kepada rakannya itu.
Farish yang sekadar menjadi pemerhati menggelengkan kepalanya dan dia mengalihkan pandangannya ke arah Asyraf yang sedari tadi tidak bergerak dari posisi asalnya. Dia menghela nafas panjang lalu membuka mulut, memecah kesunyian yang membelenggu mereka sejak Asyraf menelefon dan menyuruh mereka datang ke kafe itu, ASAP!!
"So, care to tell us what happened?" Dia membuka bicara, sudah penat menunggu dan menjadi pemerhati. Imran dan Luqman terdiam sebentar daripada sesi cubit mencubit mereka dan memandang ke arah Asyraf dengan harapan agar lelaki itu menjawab soalan Farish tadi.
"Muhd. Afiq Daniel happened." Asyraf menjawab perlahan namun ketiga-tiga mereka dapat menangkap dengan jelas kata-katanya itu. Imran mengeluh.
"Dia buat perangai lagi ke?" Farish meneka walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal dilontarkan oleh Asyraf.
"Yela, habis tu apa lagi. Serius cakap aku dah fed up sangat dengan perangai dia yang suka sangat control aku punya social life." Asyraf masih belum mampu mengangkat muka dan menghadap wajah rakan-rakannya kerana dia tak mahu mereka melihat kekecewaan yang terlukis di raut muka dia. Afiqlah yang paling rapat dengannya berbanding mereka bertiga, tetapi entah kenapa masalah ini seeing timbul di dalam persahabatan mereka.
"Aku rasala kan, Afiq tu suka dekat kaulah." Kenyataan daripada Luqman itu membuatkan mereka yang berada di meja itu memandangnya dengan pandangan yang terkejut + tak puas hati, termasuklah Asyraf.
"Luq, pleasela, jangan main-main. Aku tengah frust ni." Asyraf berkata sambil meraup wajahnya dan mengucaikan rambutnya yang sememangnya sudah take terurus itu. Penampilannya yang selama ini kemas dan tip top berubah 360°.
"Aku tak main-mainla. Serius cakap, takkanla kau tak rasa suspicious? Selama ni dia layan kau macam putera raja kot. Kau pergi mana-mana pun dia mesti akan follow punya, even tandas. Birthday kau tiap tahun dia bawak kau pergi trip ke luar negara sedangkan aku ni, dia cuma wish melalui phone je tau. Lepas tu, aku selalu perasan yang dia suka sangat pandang kau tau. And pandangan dia bukannya masih berada dalam friend-zone lagi tapi sebaliknya his stares are so dreamily. Kadang-kadang aku rasa seram pun ada sebab dia nampak tersangat psycho terhadap kau. And mesti kau ingat jugak kan, time si Paan kena belasah habis-habisan lepas dia tolong urut kaki kau waktu kau jatuh tangga dulu. Takkanla kau tak nampak semua tu, Asy?" Luqman menghabiskan hujahnya tadi dengan menghirup jus epal yang dipesannya. Imran dan Farish terlopong manakala Asyraf pula mencebir, susah mahu menerima masuk kata-kata Luqman itu ke dalam system otaknya.
"Tapi kitorang kawan nak dekat 20 tahun dah." Asyraf masih belum dapat percaya sepenuhnya penjelasan yang diberikan oleh Luqman tadi.
Tak tau pulak aku si Luqman rupanya seorang observer.
"And that is the point, sunshine. Disebabkan korang dah kawan lama lah munculnya sifat possessive tu dalam diri dia, which means, dia takkan lepaskan kau ke tangan mana-mana manusia pun, hatta si Lela mulut becok tu. Kau dah lupa macam mana susahnya dia nak kamceng dengan kitorang lepas orientasi dulu? Even sampai sekarang pun aku masih rasa yang dia still keep up with us pun sebab dia tak nak tengok kau berseorangan dengan kitorang. Kenapa? Sebab dia takut kitorang akan rampas kau daripada dia, which is a big no." Sekali lagi, Imran dan Farish kehilangan kata-kata melihat Luqman yang selama ini hanya tahu enjoy itu sebenarnya seorang pemerhati yang hebat.
"Wah, awesomela cara kau bercakap, Luq. Macam Conan Edogawa." Imran tersengih sambil menepuk bahu rakannya itu dan Luqman hanya tersenyum bangga.
Asyraf mendengus kasar memandang mereka.
"Tak boleh harap langsungla korang ni." Dia bangun dari kerusinya itu, bersedia untuk keluar dari kafe itu apabila Luqman kembali membuka mulut.
"Aku cakap betul, Asy. And I think you need to be careful with him. Like very careful."
Asyraf memejamkan matanya, cuba mengusir keluar kata-kata Luqman yang meracuni pemikirannya itu.
Tak, tak mungkin Afiq suka dekat aku. Impossible!
Hai semua!!! Lama tak menjengah blog ni memandangkan takde benda yang menarik sangat pun happened dekat aku sepanjang cuti ni, selain daripada berjumpa abam-abam hensem, kalau itu still boleh consider sebagai menarikla. Sebenarnya entry ni dah lama siap cuma aku tak berkesempatan nak melihat semula semua errors dan typos so malam ni aku bukak, check balik dan publish. Sekarang pukul 12.44 minit pagi dan aku perlu tidur sebab esok mau pegi layan movie dekat Ipoh Parade dengan members (yuhuuu!!!) Hope korang suka update ni.
P/S: tinggalla komen sikit kalau dah baca tu ;))
No comments:
Post a Comment