Thursday, 18 December 2014

NOVEL PLU: ASYRAF SUKA HARIZ! 2

"You're late, Mr. Sunshine." Ujar Farish sambil membetulkan cermin matanya yang agak senget dengan mata yang masih terlekap di iMac kesayangannya.

"Sorry, aku terlanggar dengan sorang mamat waktu on the way ke sini tadi." Asyraf membalas merehatkan dirinya di kerusi di sebelah Afiq. Mindanya masih belum boleh melupakan wajah Hariz. Mukanya memang nampak calm and composed tapi hati dia sebenarnya dah meloncat-loncat macam tenuk kena belacan.

"Siapa mamat tu?" Ish, sibuk betulla Imran ni.

"Takde siapa pun. Budak Hariz tu je." Asyraf menjawab soalan itu dengan tenang walaupun hatinya sebenarnya sedang dilanggar garuda. Dia tak nak mereka tahu yang dia sebenarnya dah lama simpan crush dekat si Hariz tu. Mahu kena kutuk satu kolej nanti.

"Anak Tan Sri Rasydan tu?" Luqman mencelah dengan mata yang membulat, tangannya masih memegang air teh tarik yang dipesan tadi.

Melihat anggukan Dari Asyraf membuatkan mata Luqman yang tadi membulat, bersinar galak.

"Hot stuff tu, beb. Bertuah kau." Dia tersengih sambil menampar bahu Asyraf.

Satu jelingan kasar sempat dihadiahi oleh Afiq kepada Luqman mendengar ayatnya itu.

"Kalau hot stuff  pun apa masalahnya? Manusia jugak kan." Dia membalas dengan dahi yang berkerut dan Asyraf tersenyum seketika.

"Tapi handsome jugak dia tu kan." Ujarnya dengan senyuman yang tidak boleh ditahan lagi. Hatinya berbunga riang kerana akhirnya Hariz sedar akan kewujudannya hari ini. Afiq menggenggam penumbuk mendengar balasan Asyraf.

"Eww, kau ni dah jadi gay ke apa?" Imran memandang Asyraf dengan pandangan yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana kamus dan Farish ketawa mendengar soalannya itu.

"Kalau gay untuk lelaki macam tu pun, apa salahnya, sado pun memang sado." Luqman berkata dengan selamba derk dia, mengejutkan seluruh isi meja itu. Farish yang blur tu pun sempat mengangkat kening dan Imran hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau ni memangla, Luq. Bukan setakat perempuan je, lelaki pun kau nak sapu jugak. Memang dasar romeo betul."

Tanpa mereka sedari, sepasang mata di meja itu memandang galak kepada Asyraf yang masih ketawa, hatinya membara dengan keinginan yang meluap dan bibirnya diketap erat.

Kau akan jadi milik aku satu hari nanti, Asy. Aku akan pastikan!



•••




"Kau sure ke nak stay sini sorang-sorang? Dah lambat ni." Farish bertanya kepada Asyraf yang masih lagi kelihatan sibuk menaip assignmentnya. Tula, buat kerja last minute lagi.

"Abes ko nak suruh aku siapkan bila? Benda ni nak kena hantar esok tau, ESOK. Kau balik jela dulu, pandai-pandaila aku cari transport nanti." Asyraf membalas dengan mata yang masih melekap di skrin laptopnya. Tangannya laju menekan punat-punat keyboard dengan otak yang sibuk merangka ayat.

"Dah tau nak kena hantar esok, semalam kau relak-relak je lagi tengok drama Korea dengan Imran kan." Farish mengomel sendirian sambil memandang jam di perpustakaan kolej itu yang menunjukkan pukul 10.30 malam. Kebanyakan pelajar sudah beransur pulang memandangkan perpustakaan itu tutup pada pukul 11.30 malam. Dia pula perlu pulang segera kerana adik perempuannya tinggal berseorangan di rumah ketika itu. Yang si mamat bahlol sorang ni pulak tumpang keretanya jadi dia takde pilihan lain selain tunggu jela.

"Alaa, itu episode terakhir cerita Pinocchio la, mana boleh terlepas tengok Park Shin Hye dengan Lee Jongsuk. Dah, kau balik jela dulu. Karang kesian pulak dekat Fienaz kena tunggu kau lama-lama. Bahaya dia duduk sorang-sorang kat rumah tu. Nanti aku carila bas ke, subway ke. Banyak lagi nak kena siapkan ni."

"Buat jela kat rumah kau."

"Mana boleh, semua buku rujukan ada kat sini."

Farish mengeluh lagi, hari sudah lewat dan dia perlu pulang segera.

"Okla, kalau macam tu aku balik dulula. Apa-apa call aku tau." Dia kerkata dan hanya menerima anggukan sahaja daripada rakannya itu. Perlahan-perlahan dia keluar dari perpustakaan itu dan tinggallah Asyraf keseorangan di situ bersama lambakan buku-buku berserta laptopnya.

Akak yang jaga kaunter tu pun dah pandang semacam memandangkan semua orang dah balik.

Asyraf mengeluh, tangannya sudah mula lenguh menaip.

Nasib badanla.

Dan akhirnya setelah bergelut selama 1 jam, dia berjaya juga melengkapkan kesemua maklumat yang diperolehi. Terasa macam nak buat backflip dekat situ sebab seronok sangat.

Dengan senyuman yang lebar, dia mengemas buku-buku yang bersepah dan mengeliat sebentar, meregangkan urat-urat yang sedari tadi tegang akibat bekerja hampir selama 3 jam. Dengan sisa tenaga yang ada, dia mengutip buku-buku rujukan di meja itu dan bangun menuju ke rak-rak asalnya.

Asyraf mengisi ruang-ruang kosong di celahan buku-buku itu dengan buku yang dipegangnya satu-persatu. Tiba di bahagian akhir, dia tersentak seketika kerana dia dapat melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya melalui celahan buku  itu. Dengan hati yang tiba-tiba diserang debaran dan kegembiraan yang tidak terkata, dia segera berlari melalui deretan buku-buku di rak itu sebelum bersembunyi di sebalik rak itu untuk melihat lelaki itu, heartthrob abadinya.

Hariz Haikal.

Lelaki itu nampaknya sedang khusyuk membaca buku mengenai engineering and whatsoever dengan headphone yang terlekap di telinganya seperti biasa.

Asyraf hampir-hampir melting di with kerana Hariz kelihatan terlalu perfect di matanya.

Mata hitamnya yang memandang tepat ke arah buku itu, ahhhh, betapa Asyraf berharap Hariz akan memandangnya sebegitu rupa.

Jari-jemari yang memegang erat buku itu membuatkan dia terleka seketika, membayangkan bagaimana rasanya dibelai dengan digit-digit yang panjang dan kasar itu.

Ok, Asyraf Faiz, you should stop now.

Asyraf memandang sekilas ke arah pujaan hatinya itu buat kesekian kalinya, matanya bersinar terang dan bibirnya tidak lekang dari senyuman.

I am seriously in love with you.







Soooo, macam mana dengan update kali ni? Aku tau korang tak puas hati sebab pendek kan? Tapi aku update ni pun dikira bagus jugakla sebab sepatutnya aku tengah bercuti dengan family aku sekarang ni. Ni pun aku update pakai phone tau, huhuuii, SEKSA!! Aku taip je, dia auto-correct, tension betul. Tapi takpela, demi korang aku gagahkan jugak. Sorry kalau ada typo ke apa, nanti dah balik aku check la balik guna laptop aku, ok? Adios, amigos~




No comments:

Post a Comment