Sunday 8 February 2015

Abam Sado




Nama mamat ni tak silap aku Zulasrar, something along that line laa, aku pun tak pasti sebab aku jumpa dia dekat wechat. And dia tua 2 tahun daripada aku so that's why I'm calling him 'Abam' eventho it's not really necessary. Tak tau kenapa tapi bagi aku panggilan abam tu begitu sexy. Haha. Ok-ok, back to the main topic.

Aku dah banyak kali jugakla chat dengan dia ni sebab yelahh aku tengok dia muka boleh tahan, body pun cun, so nakla jugak try kan, mana tau kot-kot lekat, memang aku tak lepasla. Hehe. Kalau kat wechat dia suka update moment dengan gambar-gambar dia yang tengah training dalam gym la, tengah flex muscle la, aku yang menengok ni pun terasa gersang *ooppss*

Kengkadang tu gambar dia tengah push up, menampakkan biceps dia yang memang rock hard tu, kengkadang jugak gambar tengah berlari atas treadmill dengan calves dia yang memang perghhhh *melting*

Kesimpulannya, kesadoan dia menjadi igauan aku. I mean, how can you not like that?

Ok, sebelum aku end up menjadi seorang pervert dekat sini, aku rasa elokla kalau aku chow dulu. Hari dah lewat dan mata pun dah berat nihh. Tidor dulula yee.

Assalamualaikum dan selamat malam.


p/s: kalau ada apa-apa progress mengenai aku dan abam sado ni, aku akan inform kat korang ok? ;)







Monday 2 February 2015

Cover Novel

Seperti mana yang korang tahu, aku sedang menulis sebuah novel PLU yang bertajuk Asyraf Suka Hariz! dan disebabkan kekangan masa yang sememangnya melampau, novel tu stuck sampai chapter 3 je setakat ni but don't worry, aku akan update tak lama lagi.

Dan seperti novel-novel hetero yang lain, aku juga kepinginkan (menginginkan) sebuah poster or maybe cover for the novel. So selepas bersengkang mata selama lebih setengah jam pada tengah-tengah malam (atau sebenarnya pagi) buta ni, akhirnya aku berjaya juga menyiapkan sebuah cover yang sememangnya simple tetapi memuaskan.

But the problem is, aku tak tau nak pilih yang mana satu. Whether yang kiri atau kanan. Jadi aku akhirnya membuat keputusan untuk menyerahkan kepada korang untuk memilih yang berkenan di hati.




So, yang mana satu ye?


p/s: yes, kedua-dua cover ni aku yang buat tapi gambar Matt Doyle dengan Ryan Steele tu credit kepada owner sendirila ye.

p/s/s: sory lama menghilang, sejak new year ni jadual aku jadi semakin hectic, kengkadang terasa macam mayat hidup pun ada, penat je memanjang.