Wednesday, 12 November 2014

graphics + photography + literature

Assalamualaikum and herroo guysss~

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terfikir pasal aku punya future. Nak sambung belajar kat mana, nak belajar berapa tahun, nak kerja apa. Entahlaa, kadang-kadang aku stuck antara dreams aku dengan harapan mak ayah. Diorang nak sangat aku jadi doktor (entah aku pon tak tau kenapa), sejak aku kecik, diorang dah plan awal-awal future aku. Ayah aku ni seorang yang agak strict kalau masuk bab akademik ni dan aku faham, dia cuma nak yang terbaik untuk aku. Tambah-tambah lagi my father adalah bekas guru, so dia tak nak aku jadi anak-anak murid dia yang rebellious tu.

Haihh, jujur aku cakap aku memang takde interest nak belajar/kerja dengan apa-apa bidang yang berkaitan dengan Math. Seriously, Math aku tersangatlah sucks dan aku dah gagal berapa banyak kali aku pon tak tau. Dulu memangla cita-cita aku tinggi, nak jadi pilot konon, padahal Math dah jatuh terhempas dulu. Bila dah besar dan dah matured sikit ni, aku dah boleh nampak sikit-sikit aku ni cenderung bahagian mana or bidang apa.

Biasala kan, kalau dah Math hancusss, confirmla literature kita ni lebih sikit. Aku ni seorang yang sangat minat dengan bahasa. Tak kira la Malay ke, English ke, Mandarin ke, yang penting aku ni lebih heavy di bahagian bahasa la. Aku tak boleh bekerja dengan numbers sebab nanti kepala otak aku berserabut, jadi tension. Aku tersangat teringin nak belajar semua bahasa kat dunia ni. Aku target dalam kepala otak nak expert dalam Germany, Spain, Italian, Korean, Mandarin. Wahahaha, aku tau impian aku ni tinggi tapi tak salah kan kalau aku berharap? Buat masa sekarang ni, aku tengah berjinak-jinak dengan Korean dan Mandarin. Kenapa? Sebab nanti kalau tengok drama Korea tak payah pakai subtitle dah, HUEHUEHUEHUE.

Selain daripada bahasa, (wow, aku macam nak buat essay pulak kat sini) aku minat dalam bidang graphic. Macam design-design camtu. Tapi aku tak minat design baju, aku minat design yang macam buat poster atau banner. Setiap kali aku ternampak poster/banner, aku mesti akan perhatikan font dia, atau texture dia, sesuai ke tak, atau gambar yang digunakan tu blend ke tak dengan basic colour dia. Dan aku adala try mendesign sikit-sikit kat laptop aku guna sebuah software yang bernama GIMP. Dan kat bawah ni aku present hasil-hasil karya aku yang tak seberapa ni. Takdela lawa mana, aku cuma buat time bosan je.







Wahaaa, itu adalah antara hasil seni yang aku buat melalui laptop kesayangan aku ni. Tapi siyes cakap, aku adalah pembenci seni yang tegar. Aku benci melukis, mewarna bagai-bagai tu sebab aku anggap ianya macam menyusahkan (lainla kalau yang suka buat benda-benda tu), Dahla aku ni memang tangan kayu, tak pandai melukis apa semua tu. So aku abdikan diri aku dengan benda-benda macam nila. 

Designing dan photography semua ni adalah aku punya interest selain daripada literature. Memang aku teringin nak jadi graphic designer atau photographer atau translator tapi biarla DIA yang menentukan. Mana tau kot-kot tetibe aku pandai Math ke, dapatla kerja-kerja yang decent dan menguntungkan, WAHAHAHAHA. (aku ni kadang-kadang pisau cukur jugak)

Tapi papepon, sekarang aku kena study smart. Yosh!!

Saya mintak diri dulu~

p/s: nope, aku takkan bagitau umur aku berapa, tekala sendiri ;)