Saturday, 10 January 2015

I have a house, but I'm never home

Dulu aku selalu terdengar ayat 'I have a house, but I'm never home' dan aku tak pernah faham apa maksud dia sehinggalah perkara tu terjadi kat aku.

Aku ni, bukanlah favourite parents aku. Aku seorang yang disrespectful, rude. I'm telling you the truth. Di mata orang ramai, members aku, mungkin aku selalu cerita tentang betapa bahagianya family aku, betapa aku selalu gelak kat rumah. Tapi in fact, all of that are nothing but LIES.

A big fat lie.

Aku anak bongsu dan waktu kecik dulu aku sangat manja dengan parents aku. Tapi lepas aku masuk high school, the teen world, semuanya berubah, Tak taula apa dan kenapa sebab dia. Aku ada ramai abang dan kakak tapi diorang semua tak pernah nak tanya apa masalah aku, tak pernah nak try jadi best friend aku. Diorang semua kerja di KL dan menetap di sana so aku tinggal berseorangan kat rumah dengan my parents dan sorang lagi abang aku yang kerja sendiri dekat sini.

Kalau dengan family, aku ni seorang yang sangat pendiam, dan cuma akan ketawa bila diorang ketawa, itu pun hambar. And because of that, kakak dengan abang aku selalu pick on me, kata aku macam-macam. Yes, aku tau diorang bergurau tapi gurauan pun ada batasnya. Age gap antara aku dengan kakak aku yang atas aku ni ialah 9 tahun. Jauh beza kan? Diorang selalu pergi jalan sama-sama kat KL memandangkan rumah diorang dekat, lepas tu show off gambar-gambar tu dekat WhatsApp family. Dan ia membuatkan aku rasa sangat jauh, ketinggalan.

My mom, dia selalu sangat bandingkan aku dengan abang aku. Dia selalu cerita dekat kawan-kawan dia, yang aku ni malas, tak boleh diharap and yes, aku admit yang aku memang malas, tapi tak perlulah heboh sampai kawan-kawan dia pandang serong dekat aku, Mama aku selalu kata kat kawan-kawan dia,

"Kalau si ateh tu balik, senang kerja aku, lega hati perut aku, takdela aku penat lagi."

"Ehh, bukan adik ada ke?"

"Hmm, adik tu bukannya boleh diharap pun. Malas."

Aku selalu terdengar ayat tu kalau kawan-kawan dia datang ke rumah. Dan sebagai seorang anak. aku rasa sedih yang amat sangat, remuk redam hati aku Allah je yang tau. Rasa macam segala benda yang aku dah buat untuk dia selama ni tak dihargai. Rasa macam aku ni tak diperlukan.

Kalau aku buat salah kecik pun, macam tak basuh pinggan, dia akan mengadu dekat semua siblings aku dan in the end, aku yang kena tengking habis-habisan dengan diorang dan mama aku cuma akan memandang dari tepi.

Papa aku, seorang bekas cikgu dan boleh kata semua orang kenal dia termasuklah yang dari negeri-negeri lain. And because of that, dia selalu sangat menjaga nama baik dia. Dari kecik lagi, aku sudah dibesarkan dengan expectation yang aku bakal menjadi anak yang cemerlang dan membanggakan papa aku. Semua parents nak anak dia cemerlang bukan? Tapi aku ni, nak kata cemerlang tak la sangat tapi kalau nak kata bodoh sangat pun takdela jugak. Nama aku still dalam top 10 kelas dan sekolah.

Tapi papa aku tak pernah berpuas hati dengan segala pencapaian yang aku ada. Dia tak suka kalau aku duduk di bawah seseorang, sebaliknya dia nak aku sentiasa jadi no.1. You know what I mean, right? Expectation dekat aku sangat tinggi, terlalu tinggi sampai kadang-kadang aku rasa pressured. Dan bila result keluar dan pencapaian aku tak macam yang dia harapkan, dia akan melenting dan kata aku ni malas, tak belajar betul-betul sedangkan cikgu-cikgu di sekolah semua tau macam mana aku dalam kelas. I've tried my best but he never see that.

Apa yang dia tau, aku kena sentiasa banggakan dia, jangan kotorkan nama baik dia.

Aku ada seorang member, nama dia S. S ni orangnya memang sangat baik, dan dia sentiasa menjadi ikon dekat sekolah aku dulu. Family S ni takdela semewah family aku. Ayah dia seorang ketua kampung dan bekerja sendiri. Mak dia pulak seorang janitor di sebuah sekolah rendah.

First time aku jumpa dengan keluarga S, mak dia memberikan aku sebuah senyuman yang sangat... warm and gentle. Ayah dia pulak selalu buat aku ketawa, adik-adik S ni pun selalu je ajak aku main dengan diorang. Bila aku pergi rumah S, aku rasa sangat homey dan dihargai. Berbeza bila aku di rumah aku, aku akan selalu menangis dan aku jarang-jarang ketawa. Dan aku rasa sangat cemburu dengan S sebab his family is all I've always wanted in my family. Family yang ketawa sama-sama, share masalah sama-sama, selalu bergurau.

Deep down inside, aku rasa sangat lonely.

Hidup aku di rumah ni sangat miserable sampai aku pernah terfikir tentang suicide. Waktu tu aku baru lepas kena belasah habis-habisan dengan papa aku, lepas tu aku terus buried myself dalam selimut and just cried and cried. Entah kenapa lepas tu aku ternampak pisau atas meja dan tanpa berfikir apa-apa aku terus capai pisau tu dan letak dekat wrist aku. Aku hampir-hampir toreh tangan aku tapi lepas tu aku istighfar balik dan campak pisau tu jauh-jauh.

Lepas peristiwa tu, aku selalu terfikir untuk give up in my life. Kalau setiap kali keluar rumah aku berharap sangat aku kena langgar dengan kereta atau lori. I don't know what has gotten into me. Yang aku tau aku nak sangat mati. Aku nak sangat lenyap dari dunia supaya takdela aku kena tanggung semua rasa sakit ni lagi.

Setiap kali sekolah aku anjurkan trip ke mana-mana, aku akan ikut. Tak kirala pergi mana pun. Yang pasti aku akan ikut sebab ianya merupakan sebuah opportunity untuk aku keluar dari rumah tu dan pergi jauh dari kehidupan aku yang broken beyond repair, walaupun sekejap je.

Kadang-kadang aku rasa rumah tu bukan rumah aku dan pepatah 'rumahku syurgaku' tu sangat bullshit.

Aku sayangkan family aku but sometimes I feel like I don't belong with them, like my place is far, far away from this house.

In the end, I still have a house but I've never been home.