Friday 14 November 2014

NOVEL PLU : ASYRAF SUKA HARIZ!

                                                   

Asyraf Faiz seorang pelajar biasa berumur 19 tahun yang menuntut di Eurasia National College. Dia digelar ‘si sunshine’ oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang sentiasa positif dan happy-go-lucky. Tanpa diketahui rakan-rakannya, Asyraf sebenarnya memendam rasa terhadap Hariz Haikal, seorang loner yang menjadi rebutan gadis-gadis di institusi itu kerana rupa parasnya yang yang memang ‘perghh’ dan statusnya sebagai anak kepada seorang ahli perniagaan.

“S—Saya sebenarnya suka kat awak!”

“Jadi boyfriend aku jom.”

“Hah?!!”

“Kau cakap kau suka kat aku kan? Jomla kapel.”





Hallway Eurasia National College atau lebih dikenali sebagai ENC hingar-bingar dengan pelajar-pelajar yang terkejar ke sana sini kerana kelewatan untuk ke kelas dan juga yang sedang rancak bersembang bersama rakan masing-masing. Di celah-celah manusia itu merupakan Asyraf Faiz atau lebih mesra dengan panggilan Asyraf yang baru sahaja tamat kelas Literature nya. T-shirt polo beigenya basah dengan peluh akibat daripada bahang haba di hallway itu. Dia mengesat sisa keringat di dahinya sambal memegang beberapa buah buku tebal yang semuanya berkaitan dengan literature dan yang sewaktu dengannya. Seketika, telefon bimbitnya berdering, menandakan ada panggilan yang menunggu untuk dijawab. Lelaki itu menyumpah seranah pemanggil tersebut di dalam hatinya sambil tangannya terkocoh-kocoh menyeluk ke dalam poket kecil di begnya sambil cuba mengimbangi buku-buku tebal di tangannya yang sebelah lagi.

“Kau nak apa?!” Asyraf menjawab panggilan itu tanpa salam atau ‘hello’ seperti yang selalu dilakukan kerana dia sudah tahu siapa pemanggil yang merosakkan moodnya itu.

“Wowow, janganla marah, Cerap. Kau ni, pagi-pagi lagi dah nak mengamuk.” Si pemanggil di talian ketawa kecil, memarakkan lagi api yang sudah membahang di hatinya.

“Pagi pale hotak kau. Ni dah pukul 12.30, mangkuk. And stop calling me Cerap, will you?!” Asyraf membalas kata-kata Imran itu sambil mengetap bibirnya, cuba menenangkan dirinya. Entah kenapa dia terasa macam nak pelangkung semua orang hari ni.

“Alahh, kira separuh pagila tu. Habis tu kau nak aku panggil kau apa? Air sirap?” Sekali lagi, ketawa kecil itu meletus dan Asyraf terfikir bagaimana dia boleh berkawan dengan lelaki ini.

“Bagi aku phone tu. Lambat betulla kau ni.” Kedengaran suara lain di hujung talian sebelum Asyraf terdengar bunyi benda bergerak dan suara yang lebih dalam menyapa telinganya.

“Assalamualaikum, sunshine.” Suara itu menyapa dengan lembut dan buat pertama kali pada hari itu, Asyraf tersenyum. First, kerana dia kenal pemilik suara itu dan second, kerana nickname yang baginya begitu comel itu.

“Waalaikumsalam. Fiq. Ada apa korang kecoh-kecoh tu?” Dia bertanya, mendengar suara rakan-rakannya yang lain di hujung talian. Ni mesti si Imran pasang loudspeaker ni. Kuajaq punya kawan.

“Diorang ajak kau makan sekali kat café ni. Lagipun, sejak-sejak akhir ni kau asyik sibuk je. Datangla sini.” Afiq mengajak dan Asyraf terasa berat hati untuk menolak. Memang dia jarang keluar dengan mereka sejak ujian semester 2 berakhir. Itu pun kerana grednya agak merosot dan dia perlu mencari masa terluang untuk mengkaji semula sebab perkara itu berlaku. Dia merenung jam di pergelangan tangannya dan berfikir sejenak.

“Ermm, okla. Dalam 10 minit lagi aku sampai.” Dia membuat keputusan dan mengakhiri perbualan itu sebelum meneruskan perjalanannya yang tadi terbantut. Dia sudah tahu, café manakah yang mereka sebutkan, memandangkan café itu adalah tempat mereka berkumpul bersama, samada untuk enjoy atau untuk share masalah masing-masing. Mindanya mula terbayang wajah rakan-rakannya satu persatu.

Imran Hakimi yang nakal dan suka mengusik, Afiq Daniel yang penyabar dan cool, Syed Luqman yang playboy dan juga Farish Akmal yang agak pendiam.

Di antara keempat-empat rakan-rakannya itu, Afiq lah yang paling rapat dengannya. Mungkin kerana mereka sudah berkawan sejak tali pusat masih terlekat di perut lagi. Imran, Luqman dan Farish pula menjadi sahabat mereka sejak disatukan di dalam satu kumpulan sewaktu minggu orientasi di kolej itu. 

Tetapi entah kenapa, sejak akhir-akhir ni, dia perasan ada sesuatu yang berubah pada Afiq. Lelaki itu seakan-akan terlebih affectionate dengannya. Ke mana-mana sahaja Asyraf pergi, pasti dia akan mengikut dan mana-mana lelaki atau perempuan yang menegur Asyraf, pasti dia akan melenting tak tentu pasal.

Hmm, pelik.

Terlalu asyik berfikir, Asyraf tidak sedar mengenai seorang lelaki yang sedang berjalan melintasinya. Lelaki itu juga sama seperti Asyraf, berada di dalam dunianya sendiri dengan sepasang headphone terlekap di telinganya dan tangannya yang diseluk ke dalam poket.

Dengan hala tuju mereka yang bertentangan, kedua-dua lelaki itu berlanggar dan serentak dengan itu, buku-buku di tangan Asyraf terjatuh. Kedua-dua mereka seakan tersentak dan Asyraf terasa pipinya berubah warna apabila mengenali wajah lelaki di hadapannya itu.

Hariz Haikal!

Hariz membuka headphonenya dan duduk mencangkung lantas mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai itu. Asyraf pula masih kekal membatu di situ. Dia seakan-akan berada di alam mimpi kerana HARIZ HAIKAL YANG HANDSOME, MACHO DAN COOL ITU SEDANG BERADA DI HADAPANNYA!!!!

“Sorry.” Sebaris perkataan yang pendek tetapi sudah mampu membuat jantung Asyraf berdegup laju seakan baru lepas lari marathon. Hariz menghulurkan buku-buku itu kepadanya dan sekali lagi wajah Asyraf berubah menjadi tomato apabila jari mereka bersentuhan dan dia hanya mampu menganggukkan kepalanya sebagai tanda penghargaan kerana bimbang dia akan menghamburkan perkataan yang pelik sekiranya dia membuka mulut.

Selepas itu, Hariz beredar dan Asyraf cuba menenangkan dirinya dengan melakukan senaman nafas di situ. Dia tersenyum kembali mengingati biceps yang berotot itu dan suara yang sememangnya menggoyahkan hati. Seketika kemudian dia menekup mukanya kerana ARGHH HARIZ HAIKAL TERSANGATLAH PERGHHH!!





Guys, this is my first attempt in writing a novel so I'm really nervous right now. Waaa, aku tau Asyraf tersangatlah silly dan agak pervert di sini tapi itu memang character dia aku harap korang boleh terima perkara tu. Aku selalu je baca novel PLU yang sedih-sedih, berkotak-kotak tisu aku guna waktu baca novel-novel tu. Huhuii. So, in my case, aku nak try sesuatu yang barula. Macam cerita yang happy-happy sikit. Harap korang boleh support akuuu :D

Sorry kalau ada kesalahan sana sini, I'm still an amateur :DD









Wednesday 12 November 2014

graphics + photography + literature

Assalamualaikum and herroo guysss~

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terfikir pasal aku punya future. Nak sambung belajar kat mana, nak belajar berapa tahun, nak kerja apa. Entahlaa, kadang-kadang aku stuck antara dreams aku dengan harapan mak ayah. Diorang nak sangat aku jadi doktor (entah aku pon tak tau kenapa), sejak aku kecik, diorang dah plan awal-awal future aku. Ayah aku ni seorang yang agak strict kalau masuk bab akademik ni dan aku faham, dia cuma nak yang terbaik untuk aku. Tambah-tambah lagi my father adalah bekas guru, so dia tak nak aku jadi anak-anak murid dia yang rebellious tu.

Haihh, jujur aku cakap aku memang takde interest nak belajar/kerja dengan apa-apa bidang yang berkaitan dengan Math. Seriously, Math aku tersangatlah sucks dan aku dah gagal berapa banyak kali aku pon tak tau. Dulu memangla cita-cita aku tinggi, nak jadi pilot konon, padahal Math dah jatuh terhempas dulu. Bila dah besar dan dah matured sikit ni, aku dah boleh nampak sikit-sikit aku ni cenderung bahagian mana or bidang apa.

Biasala kan, kalau dah Math hancusss, confirmla literature kita ni lebih sikit. Aku ni seorang yang sangat minat dengan bahasa. Tak kira la Malay ke, English ke, Mandarin ke, yang penting aku ni lebih heavy di bahagian bahasa la. Aku tak boleh bekerja dengan numbers sebab nanti kepala otak aku berserabut, jadi tension. Aku tersangat teringin nak belajar semua bahasa kat dunia ni. Aku target dalam kepala otak nak expert dalam Germany, Spain, Italian, Korean, Mandarin. Wahahaha, aku tau impian aku ni tinggi tapi tak salah kan kalau aku berharap? Buat masa sekarang ni, aku tengah berjinak-jinak dengan Korean dan Mandarin. Kenapa? Sebab nanti kalau tengok drama Korea tak payah pakai subtitle dah, HUEHUEHUEHUE.

Selain daripada bahasa, (wow, aku macam nak buat essay pulak kat sini) aku minat dalam bidang graphic. Macam design-design camtu. Tapi aku tak minat design baju, aku minat design yang macam buat poster atau banner. Setiap kali aku ternampak poster/banner, aku mesti akan perhatikan font dia, atau texture dia, sesuai ke tak, atau gambar yang digunakan tu blend ke tak dengan basic colour dia. Dan aku adala try mendesign sikit-sikit kat laptop aku guna sebuah software yang bernama GIMP. Dan kat bawah ni aku present hasil-hasil karya aku yang tak seberapa ni. Takdela lawa mana, aku cuma buat time bosan je.







Wahaaa, itu adalah antara hasil seni yang aku buat melalui laptop kesayangan aku ni. Tapi siyes cakap, aku adalah pembenci seni yang tegar. Aku benci melukis, mewarna bagai-bagai tu sebab aku anggap ianya macam menyusahkan (lainla kalau yang suka buat benda-benda tu), Dahla aku ni memang tangan kayu, tak pandai melukis apa semua tu. So aku abdikan diri aku dengan benda-benda macam nila. 

Designing dan photography semua ni adalah aku punya interest selain daripada literature. Memang aku teringin nak jadi graphic designer atau photographer atau translator tapi biarla DIA yang menentukan. Mana tau kot-kot tetibe aku pandai Math ke, dapatla kerja-kerja yang decent dan menguntungkan, WAHAHAHAHA. (aku ni kadang-kadang pisau cukur jugak)

Tapi papepon, sekarang aku kena study smart. Yosh!!

Saya mintak diri dulu~

p/s: nope, aku takkan bagitau umur aku berapa, tekala sendiri ;)










Tuesday 4 November 2014

pasangan gay korea (I need your opinion, guys!)

Assalamualaikum and hello guyssss, apa khabar? Sihat? Wahaaaa, aku masih hidup lagi di sini, huhuii, jangan risau (ada ke yang nak risau?)

Haaa, kali ni aku post sesuatu yang memang aku dah plan nak post dari dulu lagi, tapi ia masih kekal tersimpan di dalam draft sehinggalah hari ini. Well, post ni mungkin akan buat korang rasa menyampah sekiranya korang tak suka Korean Pop atau lebih dikenali sebagai K-pop. Kalau korang tak suka, sila back off now sebelum terlambat. Tapi siyes cakap, video yang aku post ini tersangatlah adorable dan rugi kalau tak tengok. *wink wink*

Dan kalau korang rasa aku membebel terlalu banyak kat bawah ni dan malas nak baca, terus jela skip ke video tu, tapi lagi ok kalau korang baca sebab ada beberapa informasi penting yang aku bagitau.

Video kat bawah ni is about dua orang members dari kumpulan Korea yang sedang menginjak naik sekarang iaitu EXO. Nama diorang ialah Chanyeol dan Baekhyun. Hmm, aku dah minat group ni sejak diorang debut lagi iaitu pada tahun 2012. So, nak dipendekkan cerita Chanyeol dengan Baekhyun ni dah jadi kawan dah lama dah, sejak zaman diorang trainee lagi, so diorang ni memang rapatla. Bila diorang debut, peminat semua macam dah perasan yang something is going on between the two of them. Something yang really fishy, sebab diorang ni suka bermesra, buat ala-ala lovey dovey waktu konsert, mengusik sesama sendiri, macam-macam lagilah.

Tapi perkara tu dah dianggap biasa dalam dunia K-pop ni sebab, yelahhh, kalau kita jadi idol, kita mestila nak tarik perhatian peminat dan kalau betul Chanyeol dengan Baekhyun buat semua tu semata-mata sebab nak tarik perhatian peminat terhadap EXO, aku rasa diorang dah berjaya sebab aku memang betul-betul tertarik dengan diorang punya interactions.

Tapi kalau Baekhyun dengan Chanyeol buat semua tu sebab diorang memang betul-betul love each other, lagi aku suka. Kenapa? Sebab diorang ni memang seriously adorable dan comel, okayy! I can't lie to myself! *tetibe emo*

Soo, rumours pasal Baekhyun ni gay mulalah float around in K-pop industry sebab siyes cakap dia ni memang nampak macam gay betul-betul. Nanti kalau ada masa aku buatla post pasal dia. Disebabkan rumours pasal dia gay tu, company EXO ni macam rasa tak selesala. Tambah-tambah lagi waktu tu ada seorang ahli member diorang keluar dari group tu dan saman company tu. Nama company tersebut ialah SM Entertainment. Beberapa minggu lepas ahli member tu keluar, tiba-tiba pulak keluar berita yang mengatakan bahawa Baekhyun EXO sedang bercinta dengan Taeyeon SNSD, siap ada gambar diorang dating dalam kereta lagi. Dan perkara itu disahkan sendiri oleh SM Entertainment!

Semua peminat K-pop terkejut beruk dengan berita tu sebab ahli member diorang baru je keluar dari group tu dan tetibe je pulak si Baekhyun ni couple dengan Taeyeon. So, aku macam smell something fishy. In my opinion la kan, aku rasa SM Entertainment ni macam saja je buat announcement pasal Baekhyun dengan Taeyeon sebab dia nak alih perhatian peminat daripada ahli member diorang yang keluar tu, supaya peminat takkan sokong Kris (member yang keluar tu). Tapi tak taula sebab ianya sekadar opinion dari aku sahaja,

Aku takde masalah pun kalau diorang nak couple ke apa, cuma, yelah, korang taulah gay ni macam mana kan, ianya sebuah topik yang sangat sensitif untuk dibincangkan, even di negara maju macam Korea ni. Plus, diorang ni idol, so diorang kenala jaga imej syarikat dan group diorang.

Satu lagi, yang tinggi tu Chanyeol, yang rendah dan comel-comel sikit tu Baekhyun. Judging from their height, korang mesti dah boleh agak siapa top dan bottom kan? ;)

Hahaa, gurau jeee.




Sebenarnya, motif sebenar aku post video ni adalah untuk tanya kat pakar-pakar yang kat luar sana tu *ehem yang gay-gay di luar sana tu ehem* samada diorang ni memang ada perasaan terhadap sesama sendiri atau pun ianya sekadar fanservice sahaja? Ataupun ianya memang purely friendship sahaja? Atau mungkin juga bromance?

note: fanservice bermaksud sebarang interactions yang dibuat oleh idol supaya peminat jadi gila.

Sooo, I really need your help, please give your opinion about this couple sebab sumpah aku cakap, kadang-kadang sexual tension antara diorang ni agak obvious jugak tau. Huehuehuehue.

And tell me kalau korang nak tau pasal couple ni atau pasal group EXO tu ke, aku akan sedia berkhidmat sebagai penjaga kaunter informasi. Huhuii.

That's all for now, thanks for reading!