Sunday, 8 February 2015

Abam Sado




Nama mamat ni tak silap aku Zulasrar, something along that line laa, aku pun tak pasti sebab aku jumpa dia dekat wechat. And dia tua 2 tahun daripada aku so that's why I'm calling him 'Abam' eventho it's not really necessary. Tak tau kenapa tapi bagi aku panggilan abam tu begitu sexy. Haha. Ok-ok, back to the main topic.

Aku dah banyak kali jugakla chat dengan dia ni sebab yelahh aku tengok dia muka boleh tahan, body pun cun, so nakla jugak try kan, mana tau kot-kot lekat, memang aku tak lepasla. Hehe. Kalau kat wechat dia suka update moment dengan gambar-gambar dia yang tengah training dalam gym la, tengah flex muscle la, aku yang menengok ni pun terasa gersang *ooppss*

Kengkadang tu gambar dia tengah push up, menampakkan biceps dia yang memang rock hard tu, kengkadang jugak gambar tengah berlari atas treadmill dengan calves dia yang memang perghhhh *melting*

Kesimpulannya, kesadoan dia menjadi igauan aku. I mean, how can you not like that?

Ok, sebelum aku end up menjadi seorang pervert dekat sini, aku rasa elokla kalau aku chow dulu. Hari dah lewat dan mata pun dah berat nihh. Tidor dulula yee.

Assalamualaikum dan selamat malam.


p/s: kalau ada apa-apa progress mengenai aku dan abam sado ni, aku akan inform kat korang ok? ;)