Assalamualaikum and herroo guys~
Macam mana dengan holiday korang? Ataupun still ada yang bekerja cuti-cuti ni? Wahahahhaah, kesian-kesian *gelak jahat*
Aku tau, ramai yang tertanya-tanya tentang update terbaru pasal ASH (ramai ke?) Jadi di sini tampil lah aku until memberi penjelasan mengenai kelambatan aku ni.
Sebenarnya, start hari Ahad minggu lepas, aku dah takde kat rumah. Ke mana aku pergi? Mestila ke Jambori Antarabangsa Pengakap Kat Teluk Batik tu. Kepada sesiapa yang agak cetek pengetahuan Geografinya, meh sini aku bagitau. Teluk Batik tu merupakan sebuah pantai yang terletak di negeri Perak, di mana para pengunjung boleh menikmati kesegaran udaranya dan jugak air masinnya. Kat situ takde ikan Jaws atau Piranha, so korang boleh enjoy mandi puas-puasla.
Start hari Ahad minggu lepas jugakla aku menghadiri Jambori Antarabangsa tu memandangkan aku ni seorang pengakap yang berhemah dan bertanggungjawab (yelah sangat). Perkhemahan tu diadakan pada hari Isnin sampaila Ahad semalam.
Nak dijadikan cerita, aku dengan members aku memang gila excited la nak pegi jambori tu kan sebab kitorang memang suka bercamping dan aktiviti-aktiviti extreme ni. Waktu hari Sabtu minggu lepas tu aku masih relax-relax lagi sebab, yela kan, peginya hari Isnin, so hari ni relax dulu, esok baru kelam-kabut sedangkan waktu tu mama aku dah berleter kat telinga ni tapi aku buat muka toya je (sory ma). Tetiba pulak esok paginya salah sorang member aku call, dia tanya aku kat mana, so aku jawabla,
"Aku kat rumahla, choi. Ko mengganggu mimpi aku yang indah asal?"
Dan member aku pun menjawab,
"Kat rumah kepala batak kau (sory di atas bahasa yang kurang sopan)! Aku dah ada kat tempat tunggu bas ni tau tak?!!"
Rupa-rupanya tuan rumah, iaitu Perak kena datang sehari lebih awal untuk sediakan venue apa semua dan jugak campsite.
Saat tu jugak aku rush ke bilik air dengan selimut dan bantal busuk aku sebab bas bertolak pukul 8.30 dan waktu tu pulak dah pukul 8.10. Lepas mandi aku terkontang-kanting campak semua baju yang ada dalam almari tu ke dalam beg aku dengan mama kat sebelah yang tak habis-habis ulang ayat yang sama, "Haaa, kan mama dah cakap, adik tak percaya."
In the end, aku tak sempat jugak nak catch up bas, serious waktu tu rasa hampa dan kecewa nak mampus. Nasib baikla Teluk Batik tu dekat je dengan rumah aku, so papa aku, dengan menggunakan kuasa veto dia (huahuahuahua) pujuk cikgu aku, papa aku cakap yang dia akan hantar aku sendiri ke Teluk Batik. Aku pun time tu meloncat-loncat kegembiraan sebelum telinga aku kena piat dengan mama (huhuii)
Dan akhirnya dapatla jugak aku sampai ke Teluk Batik dengan rasa malu yang amat sebab waktu aku sampai tu orang semua tengah busy naikkan khemah dan buat gajet. Aku pun letak beg apa semua and tolonglah pasang khemah untuk cover rasa malu tu.
Dekat Perak ni ada 10 buah daerah iaitu
1. Kinta
2. Larut Matang & Selama
3. Manjung
4. Hilir Perak
5. Kerian
6. Batang Padang
7. Kuala Kangsar
8.Perak Tengah
9. Hulu Perak
10. Kampar.
Setiap kem dibahagikan mengikut daerah-daerah ni so aku telah ditakdirkan untuk bercamping di kem Perak Tengah which is so lucky sebab kem kitorang terletak di tepi pantai. Well, takdela tepi sangat sebab ada jaring yang memisahkan khemah dan pantai. Kem Batang Padang pulak terletak di sebelah kem kitorang, cuma dipisahkan oleh tali 'no crossing' tu je.
Kem-kem lain terletak agak jauhla dari pantai memandangkan tempat semua limited. Selain Perak, negeri dan negara lain ada hantar kontinjen jugak tau. Ada yang datang dari Terengganu, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang. Indonesia, Brunei, Jepun, Taiwan dengan Singapura pun ada hantar wakil jugak tau. So, ini kira gathering pengakap yang besar-besaran la.
Setiap peserta akan diberi satu passport di mana dalam passport tu ada macam-macam game yang kitorang kena buat. Setiap daerah dekat Perak ini akan require 3 game termasukla lawatan pelancongan. Kalau setiap peserta berjaya habiskan semua game dalam masa 7 hari tu, diorang akan berjaya mendapat lencana aman jaya. Antara game nya ialah flying fox, abseiling, tarian dabus,senapang buluh, sepak bulu ayam and macam-macam lagila. Serious cakap memang best gila. And aku berjaya habiskan semua game dan dianugerahkan lencana aman jaya! (bangga kejap)
Waktu kat kem tu, macam-macam benda yang aku jumpa dan experienced. Antara yang menariknya confirmlah abang-abang Kelana yang aku bersua mesra (huehuehue). Kelana ni merupakan ahli pengakap yang still nak sambung pengakap even lepas dah habis sekolah bagai. Secara kebetulan, khemah aku terletak betul-betul kat sebelah khemah abang-abang kelana tu. So aku pun cubala buat benda jahat sikit. Macam stalk diorang waktu diorang tengah salin baju ke, atau tengah tidur ke. Wahahahah, pervert tak aku ni?
Tapi serious cakap, abang-abang Kelana ni memang handsome, macho and tough. Almaklumlah, jadi ahli pengakap ni kenala rajin sikit. Tebang buluh sana sini, bina gajet, tidur dalam hutan. So diorang pon macam develop some muscles la sepanjang jadi ahli pengakap tu .
Dan aku, menggunakan kecomelan aku ni (comel ke?) pun try la rapat-rapat dengan diorang, mana tau kot lekat sorang, jadila kan hheheehehe
Diorang suka spoil aku, back up aku kalau kena marah dengan ketua kem atau pegawai sampai semua member aku jealous. Tapi aku paling tertarik dengan salah sorang abang Kelana ni. Nama dia aku tak tau, tapi yang pasti orang panggil dia Angah. Perghhh, dia ni memang cukup lengkap pakejnya. Putih, handsome, cool. Tapi sayangnya, dia tak banyak cakap dan ia menyebabkan aku susah nak approach dia. So, aku cuma dapat perhatikan dia dari jauh dengan keinginan yang meluap-luap (ooopppssss)
Tapi yang tak bestnya duduk kat kem ni ialah kerana makanannya sangat YEKKSS!!! Nasi yang diorang masak semuanya samada overcooked atau lembik dan gooeyy dan lauk dia semuanya tawar. Kadang tu aku terasa macam makan kanji dengan air je. Aku bukannya tak menghargai ke apa cuma yela, kitorang semua balik dari buat semua game tu penat-penat, harap dapatla makan yang sedap-sedap. Takyah mewah pun, dapat nasi yang perfectly dimasak dengan ikan goreng yang sememangnya garing dan cukup rasa pun dah cukup buat aku. Ini tak, buat game dari pagi sampai ke senja, balik ke kem, mandi, solat, lepas tu, time kitorang semua dah memang lapar and tak sabar nak makan, makanan pulak macam hampehh.
Selain tu, tandas untuk kontinjen Perak pun memang haprakk. Dahla jauh sebatu, kotor pulak tu. Yang jaga tandas tu pulak mamat-mamat bahlul yang kerjanya menghendap budak perempuan, curi handphone budak-budak yang mintak tolong cas kat situ. Sampai hari tu kena panggil polis sebab dah melampau sangat. Budak-budak yang mintak tolonng cas tu pun bingung jugak. Dah tau diorang tu muka penyangak nak mintak tolong jugak.
Tapi actually, perkara yang aku rasa paling menarik terjadi adalah time aku terdengar budak-budak dari Batang Padang buat projek dalam tandas.
Time tu, aku memang dah nak terkencing gila, jam pulak menunjukkan pukul 3 pagi. Aku pun dengan beraninya pergi ke tandas sensorang sebab kalau aku kejut member aku pun, diorang takkan bangun punya.
Time tengah cuci tangan apa semua tu, aku terdengar ada orang gelak dari luar tandas tapi aku buat derk je. Lepas tu ada dua orang budak lelaki masuk, probably around 17-18 macam tu. Aku kenal budak-budak tu, diorang dari daerah Batang Padang sebab macam yang aku cerita, kem Batang Padang terletak di sebelah kem Perak Tengah, so aku selalu la ternampak diorang setiap kali balik ke kem.
Waktu diorang nampak aku dala tandas tu, diorang agak terkezutt jugakla tapi lepas tu sambung gelak-gelak balik. Disebabkan aku ni agak curious orangnye, aku pun masuk dalam salah satu tandas, konon-kononnya macam nak pergi lepaskan hajatla padahal time tu aku tengah dengar apa yang diorang nak buat. Beberapa saat lepas aku masuk tandas tu, aku dengar diorang berjalan dan masuk di tandas yang paling hujung sekali, berdua-duaan. Aku tau sebab aku dengar bunyi tapak kaki dan pintu tandas tu berkerik.
Lama jugakla aku duduk dalam tandas tu. Nak dekat 20 minit macam tu. Lastnya aku terasa macam nak give up sebab diorang senyap je tapi tiba-tiba je pulak aku terdengar ada bunyi orang bercium, korang tau kan bunyinya macam mana kalau bibir bersentuhan dengan bibir?
Time tu aku dah dup-dap-dup-dap dah tapi aku tahan lagi. Lepas tu pulak bunyi macam orang mengerang dan bunyi orang bukak baju, seluar jatuh ke lantai. Lama-lama bunyi orang mengerang tu makin kuat, malah bukan satu suara je, ada dua. Aku ni pulak dah berpeluh-peluh. First, sebab panas, second, sebab nervous yang amat. Tak lama lepas tu, bunyi macam 'pap-pap' berulang kali. Aku pon apa lagi, memang pecut keluar la dari tandas tu.
Lepas kejadian tu, aku memang avoid budak lelaki dua orang tu. Kalau ternampak diorang je, memang aku jadi malu dan awkward. Tapi yang pastinya, aku yakin, diorang sememangnya tengah buat 'S' time dalam tandas tu. And, aku yakin jugak yang something is up between the two of them. Sebab start dari hari first sampaila hari ke-8, diorang tak pernah berenggang, asyik berkepit je sana sini. Mungkin couple, mungkin jugak friends with benefits.
Itulah dia kisahnya sepanjang aku berada di kem tu. Segala pahit manis suka duka aku dah lalui selama 8 hari tu. Tapi banyak suka dan manisla sebab aku enjoy buat semua game tu. Memang seronok pergi kem yang macam ni. Dapat jumpa ramai abang-abang yang aummm dan mengancam dari macam-macam negara and negeri heheheheh.
Untuk ASH tu, nanti aku update ye readers ku, jangan risau, aku takkan abaikan novel tu :D
p/s: kalau ada sesape dari kem tu yang terbaca post ni, janganla malu-malu untuk PM saya ye huehuehue
Rindunya jamboree 2014, kenangan betul la hadoi
ReplyDelete