Tuesday, 17 March 2015

Her husband

Assalamualaikum dunia, bangunlah semuaaaaa

Cewahh, feeling-feeling lagu faizal tahir gituu. Amacam dengan weekend korang? Dapat rehat? Ke buat OT? Ke hampa semua dok pi maleh-maleh kat ghumah, takda buat papa? Cehh, anak jati Perak tapi nak cakap Kedah pulak. Memang fail la aku.

Weekend aku pulak kena spend dekat rumah cousin aku ni dekat Selangor, well. takdela cousin sangat, lebih kepada abang saudara sebab dia lagi tua daripada aku, lebih kurangla tu kan? Dia dah selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya minggu lepas, tapi majlis sandingnya baru buat Ahad hari tu. Aku pun tak tau pasai apa diorang buat lambat sangat memandangkan aku takdela rapat sangat dengan family diorang.

Nak dijadikan cerita, family kitorang ni jenis yang tak berapa suka nak ambil catering sebab kitorang lebih suka buat rewang-rewang (masak beramai-ramai) untuk mengeratkan tali silaturrahim (lah sangat).

So, sepanjang 3 hari (Jumaat sampai Ahad) aku duduk situ, aku tolongla memasak. mengemas and mencuci pinggan dll. Dalam family cousin aku ni, diorang ada seorang anak perempuan yang dipanggil N.

N ni kiranya memang muda lagila memandangkan dia tua beberapa tahun je daripada aku. Dulu aku ada dengar-dengar cerita daripada mama aku yang N ni sosial budaknya and selalu keluar dengan lelaki sampaila satu hari makcik aku tu dah tak tahan sangat, dia kahwinkan je si N ni dengan boyfriendnya, tapi majlis tu buat kecil-kecil je. N ni kalau tak silap aku baru lepas habis SPM waktu dia kahwin tu.

Tapi lepas diorang nikah tu aku takde pernah pun jumpa suami dia.

Sampaila hari aku datang ke Selangor tu, aku ada ternampak N ni, yelah, kahwin abang dia takkan tak datang kot. Lepas tu aku teringat yang dia ni dah kahwin, and serentak dengan tu jugakla aku terfikir 'mana satu husband dia ni ya?' sebab waktu tu ramai lelaki.

Aku sebenarnya takdela opposed sangat perkahwinan diorang tu memandangkan kahwin awal ni dapat mengelakkan zina, takdela nanti mengandung keluar anak luar nikah.

Turns out, husband si N ni memang good looking orangnya. Yelah, muda lagi kan, badan pun boleh tahan. Bertuah si N tu dapat dia.

Ada one time ni, aku tengah tolong makcik aku buat gubahan kat dapur, yang N ni pun tengah menolong jugak. Tetiber je husband dia ni (let's call him C) keluar dari bilik dengan seluar pendek and tuala, shirtless. Aku memang dah telan air liuq dah tengok body dia, and waktu tu jugakla dia pun terpandang aku sekali, mak aihh memang aku blushing habisla. Tapi lepas tu aku diam and sambung buat kerja. Lepas C mandi, dia lalu belakang N and sambil tu sempat lagi cuit-cuit pinggang bini dia.

Aku pun macam, 'haihh, sweetnya.'

Banyak kali jugakla aku locked eyes dengan C and his stares are.... I don't know laa but maybe there's some confusion + amusement in his eyes. Macam dia suka tengok aku menggelabah.

Tapi yang paling shocking ialah time dia grab tangan aku and tarik aku masuk dalam salah satu bilik ni. Tapi dia tak buat apa pun. Just tanya,

"Kau ni siapa?"

"Err, ermm, s-sepupu Yeon (abang saudara aku)."

And then he said nothing and left the room, leaving me soooo damn speechless.

Like what the hell. man? Macam kau tak boleh tanya macam biasa je, tak payah nak grabby sana sini.

Seriously, sepanjang aku duduk rumah makcik aku tu, hidup aku tak tenteram. He's eyeing on me like I'm his f*cking prey.

It's annoying but at the same time it gives my heart a big swell, macam dup dap dup dap jugakla kalau berhadapan dengan dia.

Tapi aku ni bukanlah seorang yang gemar sangat bercinta dengan laki orang since aku tau macam mana rasanya kena betrayed dengan orang yang kau sayang so aku tak nakla N ni mengalami benda yang sama.

I mean, she's pretty and kind, so she deserves some happiness with C.

Right?