Thursday, 19 November 2015

Back

Assalamualaikum semua.

Akhirnya, setelah 2 bulan menyepi dari dunia maya, aku kembali semula. Sejujurnya, aku tak tau nak update apa (selain daripada novel ASH!) sebab dalam real life, aku seorang yang susah untuk luahkan isi hati, instead aku lebih kepada seorang pendengar dan mood maker. Kira macam the clown of the group lah. Hahahaa. Jadi bila nak story dekat dalam blog ni, terasa awkward pulak walaupun aku tak tau apa reaction korang bila baca apa yang aku post. Tapi at least aku mencuba. Ye dok? :D

Apa-apa pun, aku masih sihat walafiat di sini dan alhamdulillah, life is getting better walaupun banyak jugak obstacles yang perlu ditempuh (perghh, ayat). Aku tak pernah lupakan blog ni, kadang-kadang tu bila nak tidur tengah malam tu, mesti teringat dekat semua follower dan reader and waktu tu rasa nak bukak laptop and type everything tapi hasrat tu sekadar mati dalam hati je, tak pernah pun tangan ni menaip. Entah kenapa, malam ni rasa terinspirasi sekejap. Mungkin sebab beberapa peristiwa yang aku lalui dan beberapa orang baru yang aku kenal sepanjang peristiwa tu.

Tahun ni terasa macam tahun rehab untuk aku (hahhaha) sebab aku memang try untuk jadi yang terbaik dan lupakan semua pengalaman pahit aku. In a nutshell, aku sedang cuba untuk berubah. Mungkin sebab tahun depan nak pegang jawatan tinggi dan jawatan tinggi bermaksud amanah yang lebih besar. Atau mungkin jugak sebab kawan-kawan yang tak henti bagi semangat, sentiasa berdiri di sebelah aku. Atau mungkin jugak sebab Mr. R.

Yup, Mr. R.

Tapi aku tak nak ulas lebih lanjut pasal dia sebab nanti akan terkeluar daripada tujuan asal aku buat post ni.

Sepanjang hidup ni, aku belajar yang manusia ada banyak kemahuan. Macam time baby, kita menangis mintak susu. Dah besar sikit kita hentak-hentak kaki mintak mainan. Naik sekolah rendah, kita mintak barang-barang keperluan sekolah. Bila dah masuk high school, kita mintak baju atau motor baru sebab nak ikut peredaran fesyen dengan trend terkini. Dah sampai kolej, kita akan mintak untuk tinggal berjauhan dengan parents sebab nak hidup berdikari.

Dan dalam setiap perkara yang kita mintak atau mahu tu, mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Daripada botol susu, robot mainan, beg sekolah, motor ke rumah sewa.

Mungkin waktu kecik dulu aku kehilangan zaman untuk hentak kaki dan mintak robot mainan dan zaman untuk mintak motor apa semua tapi aku memang sedang cuba untuk melupakan semua tu dan accept who I really am.

Accept my family, my parents, my sibling, my friends.

And aku sedang cuba sedaya-upaya untuk avoid suicide. Aku pernah cerita dekat korang, pasal zaman depression aku, tentang macam mana aku berharap sangat nak mati dan leave everything. Tapi sekarang aku sedar betapa berharganya hidup ni dan betapa susahnya untuk aku rebut kehidupan ni dulu waktu dalam rahim mama aku. I'm trying. I'm trying really hard.

Memang susah tapi aku akan terus cuba sampai aku dapat berdiri tegak dengan dua kaki sendiri tanpa bantuan tongkat lagi. InshaAllah!

Thank you for reading this little heart of mine and I hope you guys can support me along the way.






No comments:

Post a Comment